Kongsikan Entri Kami

Thursday 18 October 2012

Serius : Bank Sperma Jual Air Mani Selebriti Dengan Harga Serendah RM73,580 (4 Gambar)


LONDON – Sebuah bank sperma menawarkan air mani selebriti kepada mana-mana wanita yang kemaruk mahu mendapatkan zuriat tokoh terkemuka, lapor media semalam. 

Bank sperma itu, Fame Daddy, mendakwa menyimpan air mani 40 tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, termasuk bintang rock, genius, pelumba kereta Formula 1 dan bekas pemain bola sepak. Menurut Fame Daddy, dengan bayaran serendah ?15,000 (RM73,580), “perkhidmatan permanian beradas premium” itu boleh diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Menurut laman sesawang Fame Daddy, dengan menggunakan sperma “tokoh yang terbukti berjaya,” seseorang wanita boleh memberikan “permulaan yang baik” untuk anak mereka. “Ia juga menjadi cara ideal untuk seseorang wanita merasai bagaimana mengandungkan anak selebriti terkemuka,” kata laman sesawang itu.

Menurut keterangan di laman sesawang Fame Daddy, mana-mana wanita yang ingin mendapatkan benih daripada bank sperma itu perlu melengkapkan kuiz bagi memudahkan mereka memilih selebriti penderma sesuai. Antara aspek yang ditekankan sebelum wanita membuat pilihan ialah kesesuaian personaliti, watak dan gaya hidup.

Bagaimanapun, wanita yang berminat mungkin tidak boleh terlalu gembira. Ketua Pegawai Eksekutif Fame Daddy, Dan Richards, berkata mereka belum mempunyai sampel sperma sebenar.

“Apa yang ada cuma profil tokoh yang berminat menjadi penderma,” katanya
p/s : Macam-macam... 
Sumber : Here

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

yeah berjaya gak aku jadi first...hihi

Anonymous said... Best Blogger Tips

lol mcm bodo jew org ats ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips

perlukah??

Anonymous said... Best Blogger Tips

nakhorom

ben xii said... Best Blogger Tips

sape nak sperm jonjo voldermort shelvey?

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

mesti lepas ni ada peminat fanatik belieber nak air mani justin bieber buat anak

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymousabah hang berjaya.. bodo

Anonymous said... Best Blogger Tips

byk lahh ank luar nikah .. tapi dorg kesa ape .. =.=''

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...