Kongsikan Entri Kami

Saturday 11 June 2011

Hot : 5 pemain wanita World Cup Jerman dalam Majalah PLAYBOY (4 Photos)

Deman Piala Dunia bagi lelaki dah berakhir tahun lepas dengan Sepanyol muncul sebagai Juara. Bulan depan akan berlangsungnya Piala Dunia Wanita pula. Lima orang pemain bola wanita dari Jerman telah melakukan sesuatu yang baru dalam mempromosikan Piala Dunia Wanita ini. Mereka telah bersetuju untuk menjadi model dalam Majalah Playboy. Namun mereka tidak berbogel sepenuhnya. Lima pemain tersebut adalah tiga orang dari Kelab Bayern Munich : Annika Doppler, Ivanan Rudelic dan Julia Simic bersama-sama pemain Wolfsburg Selina Wagner dan KElab Guterslob Kristina Gessat.



sumber : dailymail
Read More.. "Hot : 5 pemain wanita World Cup Jerman dalam Majalah PLAYBOY (4 Photos)"

Pemuda terkejut kekasih online sebenarnya seorang lelaki

 
MADINAH: Seorang pemuda Arab Saudi terkejut apabila menyedari ‘teman wanitanya’ sebenarnya lelaki apabila mereka bertemu buat pertama kali di sebuah restoran.


Akhbar tempatan melaporkan, pemuda itu berkenalan dengan ‘teman wanitanya’ secara online dan hubungan itu menjadi intim selepas beberapa bulan berkenalan, lapor Arab News. 

Kekasih online menipu pemuda terbabit dengan menggunakan suara wanita untuk menyamar, lapor akhbar al Watan, kelmarin. 

Pemuda itu sanggup pergi ke Madinah yang terletak 800 kilometer dari tempat tinggalnya semata-mata untuk bersemuka dan tahu di mana ‘teman wanitanya’ tinggal.

‘Wanita’ itu datang bersama seorang lagi ‘wanita’ dan kedua-duanya memakai purdah. Ketika mereka makan, pemuda itu meminta ‘teman wanitanya’ membuka penutup mukanya untuk melihat wajahnya.

Sebaik mendapati dirinya ditipu, kedua-dua lelaki itu segera cabut lari. Bagaimanapun, polis Madinah berjaya menjejaki dan menahan mereka. – Agensi 

sumber : bharian 


p/s : rasanya lain kali kita cari pasangan face to face je.. online2 ni kadang-kadang ok kadang2 macam ni la..kita tak tau sangat pasal orang tu. Dalam internet nampak ok je tapi di luar kita tak tau lagi tu. 
Read More.. "Pemuda terkejut kekasih online sebenarnya seorang lelaki"

Wad Bersalin Paling sibuk di dunia (1 katil, 3 orang ibu berkongsi)

Tempat ini kelihatan seperti kawasan yang sangat sesak tetapi ianya sebenarnya WAD BERSALIN paling sibuk di dunia. Ia bertempat di Dr Jose Fabella Memorial Hospital, Manila Phillippines. Di wad ini lebih dari 300 orang ibu terpaksa berkongsi 1 katil 3 orang ibu kerana terlalu ramai sangat orang. Selain itu, purata kelahiran di sini adalah 60 orang sehari tetapi kadang-kadang boleh mencecah 100 orang dalam 24 jam. Menurut seorang doktor di sini, 'Pernah terjadi kes ada 13 hingga 16 orang bayi dilahirkan pada masa yang sama di wad yang sama juga. Itulah betapa sibuknya wad bersalin ini.





 sumber : dailymail
Read More.. "Wad Bersalin Paling sibuk di dunia (1 katil, 3 orang ibu berkongsi)"

Suami cemburukan isteri, pergi rogol adik ipar


YOGYAKARTA - Akibat cemburukan isteri yang didakwanya curang, seorang lelaki di kampung Bejiharjo, Karangmojo, Gunung Kidul merogol adik iparnya sendiri.
Yanto Nugroho, 30, dilaporkan merogol adik iparnya itu yang baru berusia 16 tahun ketika mangsa sedang tidur.

Kejadian itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba melawan serta berteriak meminta tolong. malangnya tidak ada siapa yang berada di rumah ketika itu, dan jiran turut tidak mendengar jeritannya, lapor Kompas.com.

Akhirnya mangsa hanya mampu menangis dan membiarkan tubuhnya diratah ekoran tidak berdaya untuk melawan.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada April lalu, tetapi mangsa takut untuk mendedahkannya kerana diancam oleh suspek, selain dijanjikan untuk dibelikan motosikal dan dipenuhi segala keperluan hariannya.

Mangsa bagaimanapun memberitahu kejadian itu kepada orang tuanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Gunung Kidul.

Yanto yang kini masih ditahan dan disoal siasat mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana cemburu dengan isterinya, Surantmi yang didakwanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Saya berdendam dengan isteri saya kerana dia pernah berzina dengan lelaki lain.
"Dia pernah membuat pengakuan kepada saya yang dia pernah curang sekali," katanya kepada pegawai penyiasat. - AGENSI

sumber :utusan

p/s : bala bala sampai orang lain pula jadi mangsa kerana masalah peribadi. Memang dah tak aman dunia ni. 
Read More.. "Suami cemburukan isteri, pergi rogol adik ipar"

Ryan Giggs Cuba Menyogok Adiknya Sebanyak RM 1.25 Juta!!


LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dikhabarkan cuba menutup mulut adiknya yang dikhianati - dengan menyogoknya sebanyak 250,000 pound (RM1.25 juta). 

Ryan, 37, akan Rhodri sekiranya dia menandatangani perjanjian untuk tidak membuat pendedahan menggemparkan mengenai kegiatan seksnya.

Seorang rakan berkata: “Perkara terakhir yang tidak diingini Ryan ialah lebih banyak rahsia seksnya didedahkan.” Bintang Manchester United itu meniduri isteri Rhodri, Natasha selama lapan tahun. Satu sumber yang rapat dengan Rhodri berkata, semalam: “Dia tahu terdapat wanita lain dalam kehidupan abangnya.” Ryan hampir berjaya untuk menawarkan wang sogokan itu kepada adiknya.

Rhodri kini diwakili peguam daripada Schillings, syarikat yang gagal merahsiakan hubungan sulitnya dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas. Sekiranya Rhodri menggunakan khidmat peguam yang tidak mampu dibayarnya, maka itu mungkin bermakna Ryan memujuknya supaya tidak mendedahkan lebih banyak rahsia seks. 

Rhodri yang kini tinggal bersama rakannya, Will Mellor pelakon siri televisyen, semalam muncul buat kali pertama sejak tiga hari dengan wajah murung. Apabila ditanya adakah dia sudah bercakap dengan Ryan, dia menjawab: 
“Ya, saya sudah bercakap dengannya.” Rhodri dikatakan menimbang tawaran Ryan itu.
Satu sumber berkata: “Rhodri memberitahu bahawa Ryan mahu menutup mulutnya. Jumlah yang ditawarkan ialah suku juta paun.


“Kasihan Rhodri. Dia dikhianati Ryan tetapi masih tidak tahu apa tindakan terbaik perlu dilakukan.

“Dia mengalami detik yang sukar. Dia tidak punya banyak wang, jadi 250,000 paun itu amat berguna baginya.” - Agensi

Sumber: Metro
Read More.. "Ryan Giggs Cuba Menyogok Adiknya Sebanyak RM 1.25 Juta!!"

Heret Mayat Tanpa Kepala


PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.

Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah.



Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.
Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.
Sumber: Metro
Read More.. "Heret Mayat Tanpa Kepala"

[Video] 5 Kompilasi Iklan yang lucu dan kreatif


Ternampak ada iklan yang lucu pada link yang di post kat twitter jadi layan la. Ternyata memang agak unik dan juga kreatif iklan tersebut tapi paling syok la lucu semua iklan tersebut..:-))

Read More.. "[Video] 5 Kompilasi Iklan yang lucu dan kreatif"

Budak 5 tahun menangkap basah pasangan 'push up' di pantai


TRIBUNNEWS.COM - Sepasang kekasih ditangkap kerana melakukan aksi tak senonoh di pantai dan di depan banyak keluarga lain yang sedang menikmati keindahan pantai. Demikian dilaporkan Daily Mail, Jumaat (10/5/2011).

Lita Dawson (51) dan kekasihnya bernama Nicholas Harrison (51) dilihat saling bersama di Pantai Seaford, Sussex Timur, England.

Seorang anak lelaki berusia lima tahun kemudian melihat kejadian itu dan melaporkan ke ibunya. "Ma, perempuan itu melakukan push up ke seorang lelaki ," katanya.


"Mereka dilihat semua orang namun mereka langsung tidak peduli," kata Persuruhjaya Umum, Heather Salvage.

"Seorang perempuan di pantai dan anak lelakinya yang baru berusia lima tahun akhirnya tahu mereka sedang bersetubuh dan berusaha menutup mata anak lelaki tersebut," kata Salvage.

Pasangan yang sebenarnya menggangur telah ditahan di tempat kejadian.

p/s : ala nak sangat buat tu GO GET A ROOM!!! Malu budak lima tahun tengok korang push up tu..ish3x..
Read More.. "Budak 5 tahun menangkap basah pasangan 'push up' di pantai"

Gambar Perubahan drastik Jepun selepas Tsunami dalam 3 bulan (14 Photos)

 
Dunia dikejutkan dengan tsunami yang melanda negara Jepun pada bulan Mac yang lalu. Kerosakkaa yang melanda negara itu memang tidak dapat dinafikan beberapa puluh juta. Jepun terpaksa menggunakan duit negara sehingga ekonomi mereka menurun tetapi untuk kebaikkan negara dan rakyat dia. At least semua duit ini dapat dikongsikan dengan seluruh rakyat jelata. :-P Tengoklah sendiri perubahan di Jepun selepas 3 bulan, memang menakjubkan..:-))












 

sumber : dailymail
Read More.. "Gambar Perubahan drastik Jepun selepas Tsunami dalam 3 bulan (14 Photos)"

Seluruh Bandar di Madrid diCAT BIRU kerana movie SMURF!! (12 Photos)

Gambar Sebelum di cat Biru
MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin.

Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.

Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.

Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. - Agensi

sumber : kosmo 
Gambar selepas dicat Biru

Read More.. "Seluruh Bandar di Madrid diCAT BIRU kerana movie SMURF!! (12 Photos)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...