Kongsikan Entri Kami

Tuesday 16 October 2012

Serius : Tercampak Sejauh 3 Meter Apabila Pegang "Pocong" (Gambar)


JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.

Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

p/s : Bahaya beb.. 

Sumber : here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

me 1st gusta???

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada jugak manusia yg kolot skang ni....

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau tak puas hati setel depan2 la apa barang main bomoh2 ni tak gentle la broo

Anonymous said... Best Blogger Tips

3 meter, takle jauh.

Anonymous said... Best Blogger Tips

mungkin dia tersadung batu?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kepala hotak dia berjambul.pdhl tercampak sbb terkejut tgk objek pocong tu.nk cover malu plak tok bomoh ni mcm syialllll

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

khurafat je semua tu. buat pa nak takut?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...