Kongsikan Entri Kami

Wednesday 17 October 2012

Serius : Tentera Laut Ukraine Melatih Dolphin Untuk Guna Pisau & Pistol (4 Gambar)


Pada masa ini, terdapat lebih kurang 10 ekor ikan lumba-lumba yang sedang dilatih dalam satu latihan khas di akuarium laut yang terletak di Sevastopol, Ukraine. Tentera Laut Ukraine kerap melatih haiwan-haiwan ini bagi mengesan objek yang berada di dasar laut.

Melatih ikan lumba-lumba untuk mengesan periuk api di laut bukan lah satu perkara baru kerana sebelum ini, pihak Tentera Laut US juga pernah menggunakan kaedah yang sama. Pada era Soviet Union juga, ikan lumba-lumba telah dilatih untuk memasang periuk api pada kapal-kapal musuh melalui periuk api yang telah dijatuhkan ke laut dengan payung terjun sebelum itu.

Program ini juga dilaporkan untuk melatih ikan lumba-lumba menegsan periuk api dan menandanya dengan menggunakan buoy (pelampung). Tetapi, pihak Ukraine juga merancang untuk melatih ikan lumba-lumba bagi tujuan "menyerang perenang tempur pihak musuh dengan menggunakan pisau khas atau pistol yang akan diletakkan pada bahagian kepala ikan tersebut." menurut pihak RIA Novosti.

Sumber dalaman dari Tentera Laut Ukraine juga memberitahu agensi bahawa latihan yang sedang dijalankan di akuarium laut itu adalah untuk melatih ikan lumba-lumba sebagai "perenang tempur yang ditugaskan untuk mempertahankan kapal-kapal di pelabuhan dan pada masa serbuan."





p/s : Askar Dolphin macam game Red Alert 3 sudah menjadi kenyataan!! 

Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Fast & first

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow...1st ..siut!!!!

Unknown said... Best Blogger Tips

dah mcm red alert la plak.

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

harap malaysia dapat melatih askar semut untuk menggunakan senapang ak47

Anonymous said... Best Blogger Tips

Baik latih tapak sulaiman, leh jd shuriken terus... What a noob!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kita latih obor-obor utk menyerang tentera laut musuh.
kita latih ikan todak utk melompat menyerang musuh (semula) hehe.
kita latih gagak yg banyak utk melepaskan bom ke arah musuh.
uii banyak lagi nih..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ohh..ada dolphin ditemui di perairan pulau pinang dekat jmbtn kedua.. adakah mereka spy?

duh..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...