Japan Tobacco, Inc, mulai menjual rokok jenis baru yang tidak mengeluarkan asap, tetapi terdapat pelbagai reaksi dari syarikat-syarikat penerbangan besar Jepun dan Japan Railways terhadap penggunaan rokok baru itu untuk digunakan pada pengangkutan awam.
Rokok baru tersebut, yang dijual dengan nama " Zero Style Mint", menggunakan pelbagai kelongsong, masing-masing berisi daun tembakau, yang diatur di dalam rokok dan dihisap. Satu pek dengan dua kelongsong dijual dengan harga 300 yen. Ketika ini, rokok tersebut hanya dijual di Tokyo, namun berdasarkan sambutan yang baik, rokok tersebut mungkin akan tersedia di seluruh Jepun.
Meskipun rokok baru itu dapat digunakan di tempat awam, namun ia telah menimbulkan beberapa reaksi terutamanya di kalangan pemain industri pengangkutan.
Seorang juru cakap dari Japan Airlines mengatakan, " Setakat ini kami belum menerima sebarang keluhan daripada pelanggan yang menggunakan rokok tanpa asap, termasuk pada penerbangan antarabangsa."
All Nippon Airways, pula mengambil sikap yang berlawanan. Jurucakap mereka mengatakan, " Rokok tidak berasap tidak dapat dihisap dalam penerbangan.Walaupun tanpa asap, benda itu masih rokok".
Sikap dari East Japan Railway Co. dinyatakan sebagai, " Pada saat ini, kami tidak memiliki tujuan khas yang melarang rokok tanpa asap".
Central Japan Railway Co. sama-sama menyatakan penerimaan mereka terhadap rokok, dengan juru cakapnya yang mengatakan, " Kami tidak menganggapnya sebagai subjek yang mengganggu penumpang lain. Namun, staf kami akan campur tangan untuk mencegah ketidakselesaan penumpang lain".
Sumber : Here
4 comments:
First kaka. Noob
biasa ja rokok tanpa asap ni... rokok daging
rokok naq x kuar asap pon,,,,elok lg dlm kotak,,hehehe
nak rokok tak ada asap 'rokok liat' la brader tp tu untuk perempuan aje lah LOL
Post a Comment