PETALING JAYA – Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya
dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk
tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan
hubungan cintanya sebelum ini.
Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba
masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri
kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta
sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.
Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita
lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan
semua pihak.
“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada
waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana
perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.
“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi
kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi
cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya
saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi
mStar Online, di sini.
Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti
dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung
bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara
itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.
“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.
“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan.
Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi
secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.
“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.
Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang
tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal
berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia
memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.
“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.
“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.
“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.
Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi
dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah
judul yang masih lagi dirahsiakan – Mstar.com.my
p/s : Artis oh artis...
Sumber : Here
17 comments:
1st ke??
dunia artis yg penoh dgn hipokrit same mcm politik....puiiii!!!!
biar lah die nak bercinta gan sesiapa pun , die ade perasaan . ni pun nak jd kes serius . bukan die kene tangkap khalwat pun ...
to neelofa, how dare u do this to me
to hans, over my dead body, if u want take she.
Bodoh sial anon atas aku ni... "if u wan take she"? Take her la samdol grammar error.. Bajet ckp omputih tp fail wkaka
OhMyEnglish!!hahah...
Oh neelofa, why, why...
kalau hans nak kawin dgn neelofa masuk islam... bagus la at least bertambah lagi umat islam kat dunia ni...
kadang2 tu aku suke dgn prince of noob..
positif je
itu la.aku pun rasa mcm tu.kadang2 ada otak.kadang2 xda.positif mcm tu la bgus
mcm xde org islam je kt malaysia nie...g pilih org kafir gak wat pe??puuiiihhh!!!!
habislah hans . kasi potong itu anu
hmmpphh..komen berbau kebencian dan kejelesan yg amat di sini..kehkehkeh
sekian,
ameba
lantak dia ler
Z is Zubir...wartawan yg paling sial babi bangsat barua pukibabi haramjadah!!!!!!!!!!!!
anon 15 oct 16:54 hahaha you & your grammar, hilarious! please go back to primary school~
hahahahaha.... at least anon 16:54 tu dh try speaking dr tw perkataan I and U je.. padahal 1 habuk pn xda
Hans Isaac. I would wish he would google his name and find my comment.
Isaac, you're a straight-up jackass. Take a good look at yourself, complaining and whining like a 3 year old kid. As a veteran artist like you, haven't you learn anything about being 'PRIVACY'? As if your whining will obtain people's sympathy when the actual fact is 95% of the time people are GLAD you acquired the problem. Using Facebook or Twitter to express your feelings in public proves his level of mentality of how he handles problems. Much respect to both couples previously, Erra and Yusry, when they broke up, both of them were like total SILENCED about their relationship. That's a pro-style, you know what I mean. Erra & Yusry are professionals and they are smart enough not to share their stories with the public! Not like Hans Isaac! With respect.
Look at him! All his picking are all drop-dead sexy girls and they're Malays! These are our sisters, people! Neelofa would be so stupid to go out with this kind of guy. If you're guys are thinking Isaac will be Muslims, just have a while and thought about it for a sec; are we looking numbers of Muslim or QUALITY of Muslims? I would strongly suggest Neelofa should at least lower down her status and look for a guy who's not an artist, or whichever! Not this hypocrite Isaac! He promised to convert to Islam once, back in the days when he goes out with Erra. But Erra was smart a little too smart to kick him out and left him at the carpark. And now THIS. He's getting on my nerves!
Isaac, enough with your sermons! It is not doing any better. Your comment on the Twitter proves what kind of a guy you are. You're just upset and you don't know how to handle it like a PROPER MAN. Your not the-MAN nor he's a hero who could control his anger! Neelofa, don't be stupid. He can't be your man you want to have. Jump around and Wake up!
Post a Comment