Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 16 October 2012

Serius : Muzium Jamban Di New Delhi, India (7 Gambar)


India merupakan salah satu negara yang sering mempunyai masalah berkaitan kualiti air dan kumbahan. Walaubagaimana pun, disebabkan hal itu lah yang telah menjadi tulang belakang untuk menubuhkan muzium tandas satu-satu nya yang pertama di dunia.

Sulabh International Social Service Organization merupakan sebuah organisasi yang menfokuskan pada masalah kumbahan di bahagian pedalaman India termasuk dalam penyediaan tandas awam dan umum. Di sini, para pelancong boleh melihat koleksi tandas dari pelbagai tempat dan zaman.

Penaung organisasi ini, Dr Bindershwar Pathak telah mendirikan muzium ini di sekitar kawasan ibu pejabat pusatnya di Mahavir Enclave, Palam Dabri Road, New Delhi.

Selain koleksi tandas dari India, mereka juga mempunyai koleksi tandas dari luar negara. Sepanjang anda berada di sini, anda akan melihat pelbagai tandas unik yang pernah digunakan oleh orang ramai.

Pada bahagian luar muzium, anda boleh melihat sendiri jenis-jenis tandas yang dicipta oleh Sulabh dan hanya memerlukan US$25 untuk dibina. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri sistem penyaringan tandas umum yang bersih ciptaan Sulabh.

Mesin-mesin yang dicipta juga mampu mengestrak bahan-bahan nutrien dari kotoran manusia dan mengolahnya nya semula untuk digunakan bagi menyiram tanaman dan sebagainya.

Muzium ini akan dibuka pada setiap hari Isnin dan Rabu, mulai pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.







p/s : Korang igt karaoke jamban je ade? Muzium jamban pun ade la.. 

Sumber : Here

5 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

jamban byk2 ltak kt muzium..rakyat berak mrate2

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

rugi tak guna, so pengunjung muzium ni boleh berak je kat mana2 tandas dia nak

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku suka ayat admin yg last... hahahaha!! admin memang kelakar dan berjiwa murni... i love u

Anonymous said... Best Blogger Tips

xsangka lak kt india deorg guna tandas..

hibnuyaman said... Best Blogger Tips

masuk muzium nih mesti bau kari..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...