Kongsikan Entri Kami

Wednesday 8 February 2012

Mewah : "Maison Louis Vuitton" Di Marina Bay Sands, Singapura (9 Gambar)


Ini merupakan Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Singapura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah. 

Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga. 

Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.



Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza. Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.




Sumber : Here





12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow...mewah nyer..

khairul fahmy cek mek molek said... Best Blogger Tips

barang dalam ni mahal gilosssss

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hand beg jer da cecah hrga sebijik keta huhu

Misz-ella said... Best Blogger Tips

terlalu mewah. nak masuk pun takut.

Anonymous said... Best Blogger Tips

@kakchik@ella xpe..nanti kita g sama2..smbil tngok bola lions12..kahkahkah..

ben xii said... Best Blogger Tips

1st

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ben xii batak "1st"

Anonymous said... Best Blogger Tips

mana 1st aku..time ni aku terpaksa mandi bunga..buang sial tak dapat 1st

ben xii said... Best Blogger Tips

@Anonymous reveal yourself! aha

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st...apak ko!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg high class...

Anonymous said... Best Blogger Tips

dunia hanya sementara...syurga allah lebih mewah drpd nih..

ustaz budok..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...