KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis
kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun,
Kuala Lipis petang Selasa.
Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu.
Ketua
Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu
dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain,
manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk
menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.
“Apabila kereta sedang
diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan
pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.
“Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek,” kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.
Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan. – BERNAMA
P/s : Ya Allah.. sedihnya mak bapak dia..
Sumber : MNH
9 comments:
sedihnya!
hai raudhah...
kasihan nya . 3rd !
takziah...buat keluarga mangsa..
Kesian sakit ibunya melahirkan tp sakit jg tepaksa terima kepergian anaknya...da takdir...
patut kerajaan kene mewajibkan pengunaan kemere belakang untuk semua kenderan di malaysia...
utk mengelakan pekara cam ni berlaku...
banyak kali dah berlaku ni...
KESIAN NYE... AL-FATIHAH KPD ADIK KITA...
LAJU NYE KO NIE BEN.....
mesti ayah dia x dapat maafkan dirinya..walaupun kita tahu itu sudah ketentuan Ilahi..
kisah sedih ni ben sempt lgi dok pk pasal tmpt k bpe.. al fatihah utk adik.
Post a Comment