Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label Stress Kaya. Show all posts
Showing posts with label Stress Kaya. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Kaya : Pemilik Nombor Plat ‘F1’ Tolak Tawaran RM30.9 Juta (4 Gambar)


London – Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain. Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu yang diletakkan pada Mclarren Mercedes, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.


Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.


Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.


Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.


Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’.



Sumber : Here
Read More.. "Kaya : Pemilik Nombor Plat ‘F1’ Tolak Tawaran RM30.9 Juta (4 Gambar)"

Friday, 22 February 2013

Kaya : Cerut Emas Yang Berharga Lebih RM1500 Sebatang (6 Gambar)


Cerut bersalut emas tulen ini telah dikelauarkan oleh syarikat London Cut. Setiap batang cerut ini diselaputi dengan sehelai lapisan emas yang nipis. Setiap batang cerut emas ini dijual pada harga USD500 sebatang atau lebih kurang RM1500 sebatang dalam Ringgit Malaysia.


p/s : Orang kaya je mampu.. 

Sumber : here
Read More.. "Kaya : Cerut Emas Yang Berharga Lebih RM1500 Sebatang (6 Gambar)"

Sunday, 17 February 2013

Kaya : Rosyam Nor Beli Kereta Mclaren MP4-12? (2 Gambar)


Menerusi sebuah blog hiburan, dilaporkan pengarah dan pelakon berbakat besar, Rosyam Nor telah membeli sebuah kereta mewah Mclaren MP4-12 seperti yang digunakan di dalam sukan Formula 1.

Gambar yang diambil itu seperti menunjukkan Rosyam berada di sebuah perkarangan rumah. Tidak dinyatakan maklumat lanjut mengenai perkara ini, tetapi tidak mustahil juga untuk Rosyam membeli kereta berkenaan.

Nampaknya rezeki Rosyam semakin melimpah ruah terutamanya apabila drama arahannya Setia Hujung Nyawa mendapat perhatian ramai.


p/s : kaya...

Sumber : Here
Read More.. "Kaya : Rosyam Nor Beli Kereta Mclaren MP4-12? (2 Gambar) "

Thursday, 14 February 2013

Kaya : Mansion Berharga $12 Juta Milik Rihanna Di Pacific Palisades (10 Gambar)


Rihanna baru sahaja membeli sebuah rumah mewah di Pacific Palisades, Los Angeles dengan harga 12 Juta Dolar. Sementara itu, pada Christmas yang lepas, Jay Z telah menghadiahkan sebuah kereta Porsche berharga $160,000 kepadanya.Btw, Jay Z hadiahkan Rihanna kereta Porsche tu sbb dia manager Rihanna. Bukan sebab diorang kapel. Rihanna merupakan artis di bawah record label Roc Nation kepunyaan Jay Z. 


p/s : Kaya dengan Iman dan Taqwa lebih baik dari kaya harta.. 

Sumber : Here

Read More.. "Kaya : Mansion Berharga $12 Juta Milik Rihanna Di Pacific Palisades (10 Gambar)"

Friday, 7 December 2012

Kaya : Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia Milik Alwaleed Bin Talal (6 Gambar)


Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan CEO yang memegang 95% share di dalam syarikat beliau iaitu Kingdom Holding Company. Pada bulan Mac 2012, Alwaleed telah dinamakan sebagai orang yang ke 16 terkaya di dunia dengan aset yang bernilai US $23.9 billion

Pada tahun 2007, Alwaleed telah memesan sebuah jet peribadi Airbus A380 yang merupakan jet peribadi terbesar dan termahal di dunia mencecah US$500 Juta. Jet peribadi beliau ini dilengkapi dengan garaj untuk dua buah kereta Roll Royces, kandang kuda dan unta dan ruang yang dapat memuatkan 460 orang penumpang. Selain daripada itu, terdapat juga bilik mesyuarat yang dilengkapi skrin holographic dan juga dewan konsert. 

Jet peribadi ini juga dilengkapi dengan 5 buah suites peribadi yang memuatkan katil bersaiz King, sistem multimedia untuk hiburan dan juga bilik solat yang mempunyai sejadah yang dikawal oleh komputer yang sentiasa menunjakkan ke arah Mekah. 






p/s : Kaya gler beb... 

Sumber : Here
Read More.. "Kaya : Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia Milik Alwaleed Bin Talal (6 Gambar)"

Wednesday, 19 September 2012

Kaya : Rumah Agam Milik Pencipta iPhone Di San Francisco (10 Gambar)


Jonathan Ive, Naib Presiden Apple Inc. yang merupakan orang penting dalam menghasilkan reka bentuk perindustrian yang dikreditkan untuk produk Apple seperti iPod, iPhone dan produk-produk dari syarikat lain, baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam yang hebat di San Francisco.

Ive dilaporkan telah membeli rumah agam tersebut pada harga US$17 juta . Rumah yang dibina pada tahun 1927 telah dijaga dengan baik dan telah dibina dengan menggunakan batu-bata pada permukaan hadapan rumah serta terletak di salah satu kawasan yang paling eksklusif di bandar ini.

Rumah yang mempunyai keluasan 675 meter persegi (7274 kaki persegi) mempunyai 6 bilik tidur, 8 bilik mandi, 6 tempat pendiangan, perpustakaan yang berdinding kayu oak, taman di halaman rumah dan menawarkan pemandangan di San Francisco Bay yang menakjubkan.











Sumber : Here

Read More.. "Kaya : Rumah Agam Milik Pencipta iPhone Di San Francisco (10 Gambar)"

Wednesday, 25 April 2012

Kaya : Sebuah Rumah Di Country Height Damansara (5 Gambar)

Country Height Damansara memang terkenal sebagai kawasan tempat tinggal manusia yang kaya dekat Malaysia ni. Jom kita layan gambar salah sebuah rumah mewah yang superb dekat are situ..


p/s : Agak-agak berapa harga rumah ni yer? 

Sumber : Here



Read More.. "Kaya : Sebuah Rumah Di Country Height Damansara (5 Gambar)"

Tuesday, 24 April 2012

Kaya : Rumah Dan Koleksi Kereta Milik John Cena (6 Gambar)

Bagi yang pernah tengok WWE mesti kenal dengan Wrestler yang bernama John Cena ni. Mamat ni jugak aktif berlakon sejak kebelakangan ni. Walaupun yang kita tengok dalam TV tu sekadar lakonan semata-mata, tapi wrestler WWE ni memang kaya beb.. Jom kita tengok harta kekayaan milik beliau. Layan~







p/s : Memang banyak la kereta dia.. 

Sumber : Here

Read More.. "Kaya : Rumah Dan Koleksi Kereta Milik John Cena (6 Gambar)"

Kaya : Nissan Skyline GTR R35 Milik Aaron Aziz (4 Gambar)

Bila dah jadi artis popular ni, rezeki memang melimpah ruah. Seperti yang dah di post sebelum ni, Zizan  Raja Lawak baru sahaja membeli Evo 10. Sekarang ni kita tengok pulak Nissan Skyline GTR R35 milik Aaron aziz pulak..


p/s : Untungla.. Tapi harap2 harta akhirat pun banyak jugak.. :)

Sumber : Here



Read More.. "Kaya : Nissan Skyline GTR R35 Milik Aaron Aziz (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...