Kongsikan Entri Kami

Monday 5 November 2012

Cool : "HA-402", Kapal Terbang Pertama Keluaran Honda (7 Gambar)


Jet peribadi keluaran Honda ini boleh memuatkan seramai 6 orang penumpang dan cukup sesuai untuk dijadikan pengangkutan bagi percutian keluarga yang inginkan layanan setaraf VIP dan seselesa yang mungkin.

HondaJet Ha-420 ini mempunyai reka bentuk yang unik bermula daripada bahagian enjin, bahagian sayap dan bahagian komponen pesawat yang lain. Ia direka dengan tujuan untuk mengurangkan daya geseran sewaktu penerbangan serta mengekalkan kelajuan yang memberangsangkan iaitu 483 mph.

Dengan sistem penerbangan yang direka dengan rekaan terbaru daripada Garmin G3000 dan dua enjin jet kipas turbo HF20 yang dipasang pada bahagian sayap, anda akan merasakan yang pesawat HondaJet HA-420 merupakan pesawat yang paling berjaya dalam kelasnya.

HondaJet pernah membuat penampilan sulungnya pada Disember 2003. Ia dipaparkan kepada umum pada Julai 2005 di sebuah pertunjukan udara, EAA AirVenture yang telah diadakan di Oshkosh, Wisconsin.

Dengan gabungan beberapa bahan komposit yang ringan, enjin yang cekap, reka bentuk yang aerodinamik, HondaJet dikatakan mampu mencapai kecekapan bahan api sehingga  35% berbanding pesawat lain seumpamanya.

Dengan gelaran "pesawat peribadi yang paling ringan", HondaJet HA-420 kini sudah berada di tahap pemasangan akhir dan akan diuji pada awal tahun 2013 dengan anggaran harga sebanyak US$4.5 juta sebuah.







p/s : Toyota biler plak? Apple taknak tiru ker? Samsung? Hohoho..

Sumber : Here

17 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Fist!!! ^_-

wafiy said... Best Blogger Tips

asal tak leh right klick.... penting ke sampai tak bagi right klik...pah aku nak wat tab windows... ar..

Anonymous said... Best Blogger Tips

haa sama la apasal tak blh right click, bosan la kena tekan back je. buang la script tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

alah korang ni kelam betul la tekan ctrl pastu klik automatik boleh bukak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

nie sume jenis xtaw short-cut kt pc la tu..lau kne pki galaxy tab lg mengamuk2 agaknye nk cr new tab hahaha

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

yang ni la penciptaan terbaik honda selepas honda ex5...

btw aku boleh je right click apa masalahnya?

Anonymous said... Best Blogger Tips

sapa2 nk???sila agkt tgn!!aku nk belikan utk korang neh!!!!!!

wafiy said... Best Blogger Tips

time kasih bebanyak bagi rite clik balik...

Anonymous said... Best Blogger Tips

entah.ok je.ni saje buat isu right click

Anonymous said... Best Blogger Tips

lps nie bang najib wat proton jet plak,,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

Menarik juga, aku ingat nak jual motor honda C70 dgn kereta Honda prelude aku buat bayar downpayment jet ni.
Lepas ni, balik kampung naik Jet Honda, selamat tinggal kamera AES sama saman trafik.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada lagi anjing gila yang comment first

Anonymous said... Best Blogger Tips

dari naik hondajet...naik la untajet (http://www.youtube.com/watch?v=q23LIMFLzrs)...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Past ni dia psang AES kt udara plak,,, kutip saman jet n kpal trbg yg bw lbih 110kwj,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

best ada kapal terbang ni. senang sikit buat maksiat kat atasa udara. takder sapa boleh tangkap.

Anonymous said... Best Blogger Tips

proton bila na buad?
klau proton buad sumpah aku tnak nek
ta de kualiti
kselamatan dri pun terancam
naik proton peratus na mati lbih tggi drpd nek kreta import
bukn na kutuk tp kenyataan
klau proton bole tgkat kselamatan bru aku respect
memalukan je lah
tata motor dr india pun proton ta bole lwn lg
rugi duit bli lotus

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 20.25
buad maksiat mmg ta de spe bole tgkp tp kne sambar petir tuhan turunkan?
kau fkr cm otak kt lutut

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...