Kongsikan Entri Kami

Sunday, 4 November 2012

OMG : Bunuh Anak Hanya Kerana Memandang Lelaki (3 Gambar)


Kashmir – Hanya kerana marahkan anak gadisnya memandang dua budak lelaki, sepasang suami isteri di sebuah perkampungan di Kotli telah bertindak kejam dengan mencurahkan asid ke muka remaja berkenaan sebelum membiarkannya mati.

Anosh Zafar, 16, diserang oleh bapanya, Mohammed Zafar selepas mendakwa perbuatan anak mereka itu telah mencemar kehormatan mereka. Perbuatan kejam itu telah dilaporkan kepada polis oleh anak perempuan sulong pasangan itu selepas dia berasa curiga kerana tidak dibenarkan menatap wajah adik perempuannya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.

Susulan laporan berkenaan, satu bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat mangsa, dan doktor mendapati lebih 35 peratus daripada muka mangsa melecur akibat dicurah asid. Menurut doktor, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis dengan kecederaan parah tersebut.


 Dalam pada itu, seorang anggota polis, Raja Tahir Ayub berkata, pasangan suami isteri itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas mereka ditangkap. Raja Tahir memberitahu, lelaki berkenaan menjadi marah selepas melihat anak gadisnya itu memandang dua budak lelaki yang sedang menaiki motosikal.

“Berang yang perbuatan anak perempuannya itu, dia telah menarik mangsa ke dalam rumah sebelum memukul dan mencurahkan asid ke muka budak itu, dengan bantuan isterinya. “ Pasangan berkenaan tidak membawa anak mereka ke hospital dan dia akhirnya meninggal dunia keesokan harinya,’’ katanya.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Pembunuhan bagi memelihara maruah keluarga ini sering berlaku di Pakistan terutama melibatkan perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh keluarga.
 

Badan pemantau hak asasi manusia di Pakistan melaporkan pada tahun lalu sahaja, seramai 943 wanita telah dibunuh dengan sembilan mangsa telah dipotong hidung, 98 lagi didera, 47 dibakar manakala 38 orang diserang dengan asid.

p/s : "Honour Killing" ni mmg femes kat sana.. too extreme... 

Sumber : here

17 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ewwwwwwwwww.......

chenta said... Best Blogger Tips

kesian... Hnya kerana mjeling.. Ank di bunuh

Anonymous said... Best Blogger Tips

ringtone telefon korang apa ye...? Jom ramai2 kongsikan disini.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ringtone telefon saya adalah azan subuh....lulz.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku scandalxxx ,AKU MENYAMPAH TGK KAU KAT BLOG NIY ,bagi komen yg tak sepatutnya ... GO HELL YAAA ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Aku skandal.. Ape num ph ko.. Aku nk bkenalan ngan ko bleh.. Aku rasa ko pengomen laki plg jujur dlm blog ni.. Da lama ak usha ko.. Sblum tu ko dah bpunya ke blum r?

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

apsal la teruk sangat org2 kat sana sampai bunuh anak perempuan sendiri... padahal ramai beragama islam

Anonymous said... Best Blogger Tips

ANTARA MARUAH DAN DOSA,..

Anonymous said... Best Blogger Tips

org islam yg xblaja mcm ni la. beragama tapi jahil. xde usaha nk mengembangkan ilmu agama, pastu ambik tindakan bodoh konon2 demi agama dan maruah. kisah2 mcm ni la yg jadi point kat org2 kafir nk kutuk islam yg suci ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

IBLIS DAH BANYAK BERJAYA TIPUDAYA MANUSIA SEKARANG NI,... PIKIR2 LAAAA

Anonymous said... Best Blogger Tips

iblis tak semestinya menghasut mereka yg jauh dari agama sahaja. golongan yg kononnya 'dekat' dgn agama juga tidak terkecuali. malah lebih teruk kerana keegoan mereka!
-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

erm..niat dh elok tkt maksiat berleluasa..cuma cara je xbetol...cara cmni yg membuatkn agama lain memandang islam sbg kekerasan..padahal ISLAM NI MUDAH jer...ermmmmmm

Anonymous said... Best Blogger Tips

godaan syaitan laknatulah....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ya betul Honour Killing ni memang femes kat timur tengah entah bila lah tradisi bangang ni nak pupus..

Anonymous said... Best Blogger Tips

mungkin anak dia menjeling lelaki sambil melancap kat tempat awam.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon 20:07... Komen ko mcm sial laaa....huhuhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Patut buat camni kat MALAYSIA..BUDAK2 MELAYU SEKARANG NI KURANG AJAR! BIADAP! MACAM SETAN ! YANG BETINA TU GATAL MACAM TAK SUNAT! YANG JANTAN MACAM NAK KENA SUNAT BERKALI2 ! GALAK TERLEBIH! ROSAK NAMA AGAMA BANGSA!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...