Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Friday, 30 November 2012

Kesian : Bayi Meninggal Dihempap Buah Durian Ketika Didukung Ibu (2 Gambar)


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin. 



Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.

“Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya,” ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


p/s : Dah ajal baby tu...Syurga jugak tempat dia..

Sumber : Here 

9 comments:

Aku_Skandallxxx said... Best Blogger Tips

Fucking 1st! Terbaik! Mantop!

Aku_Skandallxxx said... Best Blogger Tips

mana anon2 bodoh?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mkn durian...>Durian mkn....
Tu makannye...

Anonymous said... Best Blogger Tips

"Saya boleh banned semua Indonesia
ketika saya berkuasa. saya
tinggalkan sedikit kpd kamu agar
kamu kenal siapa indonesia dan cari
jawapan knp saya banned meraka"

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

kesiannya baby tu...

btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Noob bengap ni tak abis2 dgan contest bangang dia. Ingat best sangat ke pen drive ko tu. Puiii

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 1905 xpyh nk hitler sngt..

Red Cheek Lady said... Best Blogger Tips

innalillah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bahagia mak ayah anak tarik kome ke syurga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...