Kongsikan Entri Kami

Sunday 4 November 2012

Cool : "Melody Road", Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun (6 Gambar)


Teori di sebalik Jalan Raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong diatasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.

Jalan raya muzikal ini telah direka oleh Encik Shinoda, yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonansnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidak lah teruk sangat.

Jalan Raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.













p/s : Jalan ni dah lama wujud kat Jepun.. sejak tahun 2007 lagi.. 

Sumber : Here

13 comments:

chenta said... Best Blogger Tips

zaman dh maju,.jalan pun ada muzik..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau ada yg komen pasal aes, aku bunuh korang semua......

Anonymous said... Best Blogger Tips

jalan ni kalo letak aes sepanjang jalan pun ok gak...ha aku skandallxxx aku dh komen pasl aes...

Anonymous said... Best Blogger Tips

AES bodo..AQ BENCI AES...spa suka AES...dia bodo mcm anon 17:50

Prazo said... Best Blogger Tips

satu cara utk elakkan org drive laju... bagus!!

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

gila kreatif orang jepun ni pelik2 la...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nanti org xpakai la stereo kte

chenta said... Best Blogger Tips

Hari2 nk gadoh..kdg2 boleh gelak bca komen u all ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

alaaa...omputih bodoh ni asyik cakap jer manjang x dgr dh muziq tu...ni bg iklan sora die kot..bodoh tul..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mana catzmeaw?

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha yela anon 00:25 mse aku byk abis kt bce komen2 lam blog ni jer..huhuhuhuhuhu

ginger said... Best Blogger Tips

boring sungguh aku dgr budak yg bernama " Aku skandal ni" sepanjang dlm aku baca2 blog ini... paling banyak dia jer yg komen lebih2 dari anon lain... ADMIN ASG, ginger ini.. boleh tak admin tolong ginger singkirkan bloger "AKU SKANDAL " menyusah jer tak habis2... hampir smua org dia nak bunuh, dah lah hina org sarawak mcm ape.. ginger rasa terhina kerana budak ni...sedih betul... :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

org jepun suka cipta bnda yg pelik tapi berfedah .. aku uka org jepun sbb nya diorang ada disiplin and then diorg kreatif dan suke cipta benda yg luar biasa tetapi amat berguna kepada kita .. bagus org jepunn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...