Kongsikan Entri Kami

Monday 26 December 2011

Serius : Francesco Lentini, Lelaki Dengan Tiga Kaki dan Dua Kemaluan dari Itali (4 Gambar)

Ini adakah kisah benar :
Francesco (Frank) Lentini telah dilahirkan pada tahun 1889 sebagai anak yang ke dua belas. Dia dilahirkan dengan tiga kaki dan dua kemaluan dan satu lagi kaki kecil tumbuh di lutut kaki ketiga. Jadi keseluruhannya, dia mempunyai tiga kaki, empat tapak kaki, 16 belas jari kaki dan dua kemaluan yang berfungsi dengan elok. Apabila ibu bapanya mengetahui ketidaksempurnaan diri Francesco, mereka tidak mengesahkan dia sebagai anak mereka. Jadi ibu saudaranya mengambilnya tetapi kemudian menghantar Francesco ke rumah kurang upaya. Di sana dia berjumpa dengan ramai lagi rakan OKU serta belajar untuk berjalan, luncur ais serta lompat tali. Pada usia lapan tahun, Francesco telah berpindah dari Itali ke AS dan menyertai circus Ringling Brothers. Dia diberi nama The Great Lentini kerana dia menggunakan kaki ketiganya untuk menyepak bola dengan kaki ketiganya. Selain itu dia juga dipanggil 'The Three Legged Football Player'. Dia berkahwin dengan Theresa Murray dan mempunyai empat orang anak. Francesco meninggal dunia pada tahun 1966 di Florida.



source

3 comments:

Honey Bhulat said... Best Blogger Tips

hurm, alangkah bagusnya kalo operate buang yang lebihan tu...tapi as long as tak ganggu dia ok kot =)

aizat said... Best Blogger Tips

'please show this photo to your friend'...LOL wut??

Anonymous said... Best Blogger Tips

ney kes kembar x jd ney,,tp alhamdulillah dye hidup dgan selesa :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...