KUCHING: Jalan di Kilometer 77 Jalan Serian-Sri Aman masih ditutup berikutan tanah runtuh dan jalan utama mendap malam tadi.
Untuk pengguna jalan raya dari Sri Aman yang mahu ke Kuching, sila masuk ke Simpang Krait (sebelum Semungkoi) dan keluar di Simpang Slabi.
Bagi pengguna jalan raya dari Serian ke Sri Aman, sila masuk ke Simpang Slabi dan keluar di Simpang Krait.
Keadaan tanah runtuh agak serius dengan separuh jalan utama mendap ke bawah dan tidak boleh digunakan terus.
Keadaan di lokasi dilaporkan sesak teruk dengan pihak polis berada di lokasi bagi mengawal lalu lintas.
Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sudah ke lokasi malam tadi untuk meninjau kerosakan dan mengambil tindakan segera.
source

5 comments:
doctored photo
jalan mendap versi bahasa sarawak, "susor"...
Tegal tok jalan jam sampey Tmn Pasir tek.
yobehhh...nang teruk juak jalan ye susor...
hak3...halau anjing je...
Post a Comment