Pedang samurai di Jepun terbahagi kepada banyak jenis. Jenis setiap pedang adalah mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran "Shaku" dimana 1 Shaku bererti sekitar 30 cm. Berikut adalah jenis-jenis pedang samurai yang dikumpulkan mengikut panjangnya.
1. Tanto
Jika anda pernah melihat Film Goemon, anda pasti mengetahui pedang ini. Pedang ini dibawa oleh puteri sebagai pertahanan diri. Saiz pedang ini sekitar 25 cm, termasuk dalam kategori pisau.
Penggunaannya biasanya untuk menusuk serta-merta. Perempuan Jepun zaman dulu membawa tanto di sebalik obi (tali pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk spontan attack.
2. Wakizashi
Jika anda peminat Final Fantasy, pasti tidak asing dengan Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya ada wakizashi. Wakizashi merupakan jenis pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasa menggunakannya sebagai secondary weapon.
3. Kodachi
Kodachi adalah senjata kesayangan Aoshi Shinomori ahli Jupon Gatana dalam siri manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek daripada katana. Biasanya digunakan sebagai perisai dalam hand - to - hand combat.
Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 Shaku) maka tidak menyalahi peraturan membawa pedang di zaman Edo sehingga boleh dibawa oleh orang biasa (pada ketika itu cuma samurai yang boleh bawa pedang). Pedangnya lebih melengkung daripada wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna bergerak lincah.
4. Katana
Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja mempunyai katana dipunggung mereka. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm.
Jenis single-edge dan melengkung. Selain digunakan ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk mewakili status sosialnya. Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.
5. Tsurugi
Pedang Tsurugi tidak serupa dengan jenis pedang yang lain. Pedang ini tidak melengkung tapi lurus seperti pedang korea. Tsurugi merupakan pedang jenis broadsword, lebih berat berbanding pedang yang lain. Sangat sesuai digunakan untuk mengahadapi musuh pakai perisai tebal.
6.Chokuto
Sama seperti katana, hanya saja tidak melengkung tetapi lurus. Ditemui sebelum zaman Heian sebelum orang Jepun mencari teknik melengkungkan pedang (yang ternyata unik caranya).
Kerana pedangnya lurus sukar digunakan dan jarang digunakan dalam pertempuran. Setelah ditemukannya katana, chokuto masih tetap dihasilkan tetapi kebanyakan berfungsi sebagai ceremonial sword.
7. Ninja-to
Pedang para ninja, selain katana, ninjato merupakan pilihan para ninja. Ringkas dan ringan membuat pedang ini mudah untuk dimasukkan ke dalam baju. Perbezaan asas di antara katana dan ninja-to terletak pada bentuknya. Ninjato tidak melengkung seperti katana tetapi lurus.
8. Nodachi & Odachi
Pedang Nodachi & Odachi adalah pedang yang panjang. Merupakan pedang terpanjang dengan panjangnya hampir 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk close combat kerana ribet dengan ukurannya.
Pedang ini digunakan untuk membelah pasukan berkuda dan kudanya. Dalam siri manga Samurai deeper Kyo, ia menggunakan pedang jenis ini. Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk close combat. Pembuatan pedang ini termasuk dalam kategori sukar, sehingga pedang ini merupakan pedang yang rare.
9. Nagamaki
Pedang Nagamaki adalah dimana mata pedang dan pemegang adalah sama panjang. Termasuk dalam kategori belati, digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seefisien Tanto. Tapi pedang ini memiliki keindahan tersendiri.
10. Naginata
Naginata merupakan tombak dengan mata pisau katana. Digunakan parajurit wanita pertarungan jarak sederhana. Pemegang dibuat dari kayu dan mata tombaknya dari katana melengkung. Sangat sesuai untuk jenis pertempuran Chaos.
11. Yari
Yari merupakan sejenis tombak. Berbeza dengan naginata, mata tombak dibuat lurus. Bentuk Lurus ini berkesan digunakan menusuk musuh yang datang dari depan. Biasanya dipakai lelaki untuk mengahadang laju pasukan musuh. Senjata ini diapakai Oleh Madarame Ikaku dalam siri manga Bleach.
Sumber : Here
4 comments:
gilerrrr cooollllll !
baru aku tau pedang samurai ni ade banyak jenis btw pedang Katana jadi pilihan aku..hehe
Pedang Ninja selalunya ada pembahagi antara bilah pedang dan pemegang yang berbentuk empat segi tanpa corak atau nama keluarga. Iaitu supaya tuan punya sukar dikenali. Berbeza dengan pedang Katana yang ada pembahagi berbentuk bulat (selalunya)..
regernya dari 500k hingga 1juta yen..
huhu
Post a Comment