Kongsikan Entri Kami

Thursday 29 December 2011

Sejarah : Mekah Pernah Ditawan Pengganas Pada 1979 (5 Gambar)


“Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”

SERANGAN AWAL PAGI

Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab

KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas pembebasan


Pengganas yang berjaya ditangkap

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

Seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.

Sumber : Here



3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

good info thanks bro

Esmael_Ismail Hosen said... Best Blogger Tips

Pada masa kejadian ini saya berada di Tingkatan Dua 1979 itu.

Penawanan ini adalah bertujuan ingin menjatuhkan Kerajaan Saud.

Kalau setekat pejuan g seramai itu... hahahha.
Tak berkesan langsung.

Perbuatan pengganans itu lebih bercorak ingin mendapatkan perhatian dari luar negara sahaja.

Dengar khabar mereka itu sebenarnya orang Munafik yang dapat menyusup ke Masjidil Haram membuat huru hara sahaja.

Sehingga beberapa tahun Pekerjaan Haji tak dapat di jalankan. Sehingga keadaan di Masjidil harap di baiki dan di puloihkan kerosakannya. Baharulah Kerja haji dapat di jalankan.

Kabar Makkah said... Best Blogger Tips

masyaallah.. makkah aman selamanya
Umroh di Mekkah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...