Kongsikan Entri Kami

Friday 3 February 2012

Berita : Israel Bakal Serang Iran Pada Pertengahan Tahun Ini?


WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.

Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.

"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.

"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."

Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.

Sumber : Here



19 comments:

Syam Van Deanvar said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Syam Van Deanvar said... Best Blogger Tips

Ruang udara baghdad terbuka luas sebab US menguasai Baghdad ketika ini.

Anonymous said... Best Blogger Tips

igt turkey bg lalu ke...

Anonymous said... Best Blogger Tips

silap besar la der lu serang iran lu ingat russia akan diam saje ke??

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg penting kita ni nk diam jgak ke?

Khairul Kayz said... Best Blogger Tips

hahaa... kita org biase hanya mampu melihat je...


>> http://khairulkayz.blogspot.com/

Leen said... Best Blogger Tips

Mintak2 la tak berlaku

Anonymous said... Best Blogger Tips

amerika pembekal utama senjata tuk israel. pastu suru israel yg beperang tuk mempertahankan amerika. bangang tul org yahudi ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

dajjal?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Iran nih banyak musuh. Even Arab Saudi pon benci diorang nih sebab diorang nih Shiah. So, apa kes?

Anonymous said... Best Blogger Tips

israel seperti lembu yg dicucuk hidung...ikut jee apa yg amerika lahanat cakap...bodoh :P

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous bukan ke amerika yng ikut Israel..Israel nampk je kecik..ada kuasa beto..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan israel jer yg ada kuasa veto..

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah nak dekat dengan perang armageddon....

Anonymous said... Best Blogger Tips

kita hanya mampu berdoa...

"Fist of Dragon" TAJUK FILEM IP MAN 3??
CARA UNTUK DAPAT SMS PERCUMA

Anonymous said... Best Blogger Tips

doa dn solat mampu menandingi nye,,,,israel laknatulah

Anonymous said... Best Blogger Tips

zionis vs syiah....2 bangsa yg dilaknat berperang

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku takut... malaysia pun blh jd sasaran gak...

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku xrasa israel nk serang iran..sebab aku pernah terbaca info yg gtau, iran ni sebenarnya pakatan israel ngn US. ingt senang US nk serang Iraq dulu..?diorg dpt serang Iraq pun sebab Iran tolong. skang US da kuar dari Iraq, kalo xsilap aku, skang Iran yg pegang Iraq ngn afghanistan..kalo info yg aku bc tu btol la..ade sape2 tau..?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...