Kongsikan Entri Kami

Wednesday 1 February 2012

OMG : Safee Sali Tandatangan Kontrak Bernilai Lebih RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC


Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya.

Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Safee juga akan menerima pakej tambahan ‘image rights’ dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut.

Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.


Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC.

Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana. Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya disana.

Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk masadepan Safee.

Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier professionalnya nanti.

Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempuh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu.

Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden. Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti.

Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab2 tersebut seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura.
Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab.

Di Pelita Jaya, selain pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai negara dan kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing-masing.

Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.


Hanya selepas itu, barulah Safee akan memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan negara dan demi menaikkan semangat anak-anak muda yang ingin berkerjaya di bidang bolasepak secara sepenuhmasa dan professional.

Kedatangan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah.

Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan dan kritikan serta saranan yang diberikan.
Zakaria Rahim berkata: “Safee juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini.

“Namun, jika diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan.”

Menurut Zakaria lagi “Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti.

“Juga terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi.”

Safee juga memohon agar didoakan kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi tenaganya diperlukan oleh negara. 

p/s : Bangga jadi rakyat Malaysia. Memang kaya raya la Safee Sali.. Memang terbaek!! 

Sumber : Khalis





9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

tahniah safee.. harumkan nama negara :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

the next legend after super mokh...!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Untung sabut timbul..untung batu tenggelam..dah rezeki dia..syukur...rezeki dia dah nampak apa kata tmbh pendapatan kita pula.. http://www.hyperfanpage.com/hop.php?ref=jannah

Anonymous said... Best Blogger Tips

anak aku kim salam safee

ben xii said... Best Blogger Tips

kalau dah cecah 30 , peluang nak main kat eropah dah susah . liga arab boleh la

Anonymous said... Best Blogger Tips

xpa...kita ada Ramli MU!!! heee

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku rase elok saje lah safee kekal kat luar negara tak payah la main kat liga super ni tak ke mana pun..

azri said... Best Blogger Tips

aku suke bila dia decide nk bermain bkn nk bersama..btol sgt tu! ape guna masuk kelab besar tp duk kt bench jer..tp kaya betol pelita jaya kn?? siap ade kelab2 lain lak..aku x rasa ade team yg kaya camtu kt Malaysia ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Fulamak gaji=elaun cecah Rm 144.000.00 beb, aku keje 30 tahun pun tak dapat potong gaji dia.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...