Kongsikan Entri Kami

Tuesday 31 January 2012

Berita : Bunyi Aneh Dari Langit Di Samarahan Adalah Hasil Aktiviti Kilang Sawit


PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Fadillah berkata,  jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat.

Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.

Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.

Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.

“Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik,” katanya lagi. – mynewshub.my

p/s : Wallahualam... 
Sumber : Here


19 comments:

Cik.Bie said... Best Blogger Tips

Jd bnyi tu bkn lh bunyi mkhluk asing mcm org2 dok ckp..

iysp said... Best Blogger Tips

takkan la bunyi tu smpai negara2 lain.. jauhnya.. lol

Anonymous said... Best Blogger Tips

mane si unknown yg poyo berlagak cam prof saintis bertutur omputih tu HAARP la ape la ke or HARAP2 org puji ckp.... wahhh pandai nye kome ni nyesaikn masalah, brtutur omputihs plaks tus hais... lancau... 1st... KOROK MU SMUA

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahahahahahahah btul2. Sokong sokong sokong.......

Anonymous said... Best Blogger Tips

aper la kowg ni. cian unknown

ben xii said... Best Blogger Tips

kalau kat negara lain plak sebab apa ? sawit gak ? haromm

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mana nk tgk report jabatan tu ye...klu setakat ckp mulut atau tulisan yg tak de bukti bergambar serta video kesahihan dari mana, baek pakcik kat kmpung tu je gi tgk...hihi.. Kekdg diaorg ni x dpt jawapan, tp tak nk rakyat panik ckp la benda yg org x syak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

oi ben xii..mengong ko ni. bukan sbb sawit la tp sebab kilang..kilang pemprosesan..wadahek la ko ni ben xii..hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kenapa bunyi kat negara lain sama? Kilang kelapa sawit gak ke? Untuk yg suka mengutuk. Sila baca news dari semua sumber sebelum nak judge org. Anon 21:22, perbanyakkan ilmu before mengutuk org. Tq.

Anonymous said... Best Blogger Tips

adoi dah cakap dah .. bunyi sama macam kat my plant during shutdown exactly mcm bunyi steam venting .

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah la,jgn gaduh2..memang akhir zaman ni byk bunyi2 dari langit n bumi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg peliknya..negara lain pon bunyik sama..


DOWNLOAD MOVIE TERBARU DI SINI-MEDIAFIRE LINK
DOWNLOAD K-DRAMA DI SINI-MEDIAFIRE LINK

Anonymous said... Best Blogger Tips

itu la pasal,saya d antara saksi yg mendengar bnyi tu...tp yg pelik,kpg endap(kpg yg berdekatan dlm 300-400m dr kilang) xdgr langsung bnyi tuh..tp d area kwsn kpg saya dgr...pelik bin ajaib..

Anonymous said... Best Blogger Tips

korang ni macam tak biasa.. tak taula aku ni cakap kerana terpengaruh ngan muvi ka apa.. selalunya gov akan cakap sesuatu yg play safe sekiranya berlaku apa2 yg pelik berlaku untuk tidak mewujudkan keadaan panik dikalangan rakyat..itu pandangan aku la..camana tu?

Anonymous said... Best Blogger Tips

org kpg aku dah perg ke kilang tersebut ketika kejadian tp xda bunyi yg nyata dtg dri kilang tu....sbb tu dorg msh kaji lagi lbh2 frequency sbb klu dri kilang kenapa smpai berkmpung2 dgr...kerana radius laporan org terdengar bunyi dalam 10km mgkin

Anonymous said... Best Blogger Tips

yeah right..doing pressure release form the vessel in the middle of the morning? How big is the vessel? for a palm oil factory and to produce such noise, it is too big to be true? and in an auto mode, hmm I bet there is no such thing as auto mode for such scale factory..the ear-witnesses said it was not came from the factory, were they wrong? and Felcra owned by the Government, cover up or they know nothing? during the test to validate the sound, did the villagers heard the same thing? I bet not...my final words: when this sound or thing happens again, instead listening to the sky..listen to ground..sometimes it might come from the ground..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pernah jadi kat kampong aku dulu...
... bunyi yang sama cam kat samarahan... tapi aku tau itu bunyi OMBAK...langit jadi tepu... so deruan ombak tu melantun balik kat darat...15-20 km bole dengar lagi...

Elle said... Best Blogger Tips

Bkn bunyi pelik jer tapi langit btukar gelap merah dan pelik... Ada yg sempat ambik gambar...

Anonymous said... Best Blogger Tips

sUmthin...sOOn or lAter.....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...