Kongsikan Entri Kami

Sunday 17 February 2013

Info : "Al-Hin", Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S (3 Gambar)


Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin.. 

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?


*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

Jawapan Ustaz Azhar idrus


p/s : ...Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20) 


Sumber : Here

64 comments:

Nadratul Syazwana said... Best Blogger Tips

post plg menarik

Anonymous said... Best Blogger Tips

Da selalu bc sama mcm ni tp mmg cuma satu versi je ke ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

BR1M - baucer rasuah 1 malaysia..
tukaq kerajaan

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni ada lagi bukti dari surah Al An-am - Ayat 6

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Unknown said... Best Blogger Tips

Good info dud ,

Anonymous said... Best Blogger Tips

allah swt je yg tau..

Unknown said... Best Blogger Tips

terbaikkk!!

SADIS:ARTIS CANTIK MINUM AIR KENCING SENDIRI!
PELIK:HIMPUNAN GAMBAR PELIK YANG JARANG ANDA LIHAT!
EYUCKS:WANITA MALAYSIA KANTOI BUANG AIR BESAR DALAM LIF!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Perbanyakkan cerita2 macam ni lagi... boleh?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bst info ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

fosil2 mahkluk purba yang selalu saintis duk jumpa tu maybe diantara mahkluk Tuhan yang dibinasakan sebelum Adam.

Tapi kita dungu cakap tu Tok nenek moyang kita padahal Adam turun ke bumi sekitar 15 ribu tahun yang lepas.

mijiee said... Best Blogger Tips

thanks admin cz dpt blajar info baru...

Anonymous said... Best Blogger Tips

best info ni..xde pulak anon2 yg bangang komen tukar kerajaan..tau takut nk komen dgn artikel2 mcm ni...

spoiled said... Best Blogger Tips

BAGUS ADMIN... CAYALAH!

The Seven Thing said... Best Blogger Tips

aku setuju kata ustz azhar...nk selamat xyah nk fikir lebih2..cukup nas al quran, hadith dan sunnah para sahabat..itu yg di pesan nabi...x pyh nk fikir yg tersirat yg xde kena mengena dgn kita..sama jgk dgn org yg sebuk dok kaji fremason dan hri kiamat...kata seorang ulama muktabar org yg bodoh itu mencari cari hari kiamat...(imam ghazali)...nabi xpernah ajar suruh cri hr kiamat sabda nabi "jika berlaku kiamat dan pd hri itu ada benih di tanganmu maka sempurnakan benih itu dulu (yakni tanam dulu) ...wallahukalam...mknanya kiamat tetap akan dtg dan bkn utk di cari tarikh dn di tunggu kedatangannya smpi x solat suboh..sama jgk dgn al hin ini, xpyh la nk kaji nk sebuk2 bnd yg x ada dlm nas al quran dn hadith nabi....biarla ia dlm pengetahuan Allah yg maha besar....adapun di sebut dlm al quran kaum kaum terdahulu mungkin ia bermaksud kaum aad, tsamud, firaun, namrud atau kaum nabi luth....adapun soal yg ghaib berkaitan hidupan sebelum nabi Adam bkn di tuntut dlm akidah islam...rukun iman hya mtk pecaya bnda ghaib yakni malaikat, syurga neraka, syaitan dan lain2 yg di sebut dlm quran dan hadith.....wallahuaklam

P.Preity Petry said... Best Blogger Tips

Pendapat aku senang jer. Apa yang tak ada di dalam al-Quran tak yah percaya. :)

laksamana sunan said... Best Blogger Tips

aku percaya sume ni sbb dlm surah al baqarah..alif laam mim zalika kita bula ghaibapi..nah disini kn jelas ttg betapa kita perlu percaya pd perkara2 yg ghaib..ttg makhluk ni aku yakin mereka ujud sebelum nabi ADAM diciptakan lg..aku sendiri dh wat kaji selidik melalui pembacaan buku tulisan muhammad isa dawud..seperkara lg korang kna pkir xkan ler kitab al quran nk huraikan sume ni jer..byk menda2 yg lebih ditekan kan lagi..so ttg makhluk ni termasuk dlm hal2 yg ghaib yg mana kite perlu la percaya sbg sorang muslim yg beriman..x mustahil ALLAH jadikan kaum al hiin dn lain2 lg sbg bukti kekuasaanNYA..wallahualam..

aku bukan ustaz pon said... Best Blogger Tips

ala tanya ustaz idrus jer? sedangkan ilmu beliau mungkin tdk berupaya menyingkap dn menghuraikan sume..bg aku tahniah pd muhammad isa dawud dn sape yg post hal ni di ruangan ni sbb kite ni dh terang2 tau per yg buku dn guru2 sekolah ajar jer..tak kemana pon..ada ker manusia terawal orang zaman batu la..nenderthal la..bla..bla..dn teori charles darwin lg la x leh pakai manusia berasal dari beruk..so buka cikit minda anda sume..byk wat research cikit..jgn bila ustaz kita ckp wat per dok pukir hal2 gini dh diam..tu ler sikap org melayu bukan org islam suka mengkaji sebelom wat keputusan..aku sokong kenyataan LAKSAMANA SUNAN diatas ni..dunia kite ni dh terlalu tua.percaya lah..kita manusia terakhir sebaik kejadian..alhamdulilah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Elok byk2kan lg info2 mcm nih... bkn semua org tau bende2 nih... ilmu x penah abis...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

al-Baqarah ayat 30
mgkin sbelom Allah ciptakan Adam, Allah pernah ciptakan makhluk lain dulu,sebab tu malaikat tau..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yah aku setuju ngan kalian sume komen dia atas ni..tahniah

Khairi Mohd said... Best Blogger Tips

cerita bangang babi macam ni pun nak percaya???

Anonymous said... Best Blogger Tips

ermm.. aku rase makhluk al-Hin ni menarik.. apepun, segalanya x mustahil sebab Allah tu Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha segala2nya la.. yg anon atas ni x alih2 nk membabi2kan ilmu ni apehal? x kisah la cerita tu betul ke x, tp x perlu la keluarkan kata2 sumpah seranah, maki hamun camtu, x elok la...

Unknown said... Best Blogger Tips

elok sgt la tu bhs awk saudara khairi...kesiannnnn........xpyh komen lnsung pn xpe,lagi bgus,x mnyemak

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sedih je baca kisah makhluk tu, sunyi je. ada sesapa di sini yg nak temankan dia tak?

Anonymous said... Best Blogger Tips

sebak plak aku baca, kesian sangat. sunyi je hidup dia :(

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku percaya cerita ni, tapi aku keliru bab umur dia yang 4 juta 130 ribu tahun tu? nak percaya ke tidak.
Kalau betul dia hidup lama macam tu, lain kali tanyalah soalan pada zaman dahulu, ada tak dinasour ke? Nabi Adam tinggi orangnya dalam 25- 30 meter. Kalau dia hidup zaman tu, mesti dia boleh cerita, kalau tak, cerita dia tu mengarut je.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kadang-kadang jin atau syaitan yang menyamar, berhati-hatilah, kalau tak masakan dia pergi rasuk budak tu. Kalau betul dia hamba Allah yang taat, (contohnya Jin Islam) dia tak buat benda-benda yang tak elok (menyusahkan Kedua ibu-bapa) budak tu sejak awal lagi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 12:50. ada betul juga.tapi ustaz tu dah sebut pada mulanya dia nak scan tak dapat. selalunya setan2 jin ni senang je scan.

cuma persoalannya, yelah. 'dia' tu makhluk yg kasar atau halus? kalau dia makhluk kasar seperti yg diceritakan, kenapa sekarang jadi halus. masuk dalam badan plak. so takpe memana pun. ambil info. nak percaya memana pun boleh. tak kacau akidah pun.

-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

fuck u la khairi wat semak jer..lau x suka dn x pcya dok diam jer la..ko ni mak bapak x antar ngaji quran ni patut ler banggang mcm lembu tanah..ko ni sama ler mcm khairil jamaluddin tu..lagak mcm bagus..wtf

Unknown said... Best Blogger Tips

@Nadratul Syazwana
mmm sy pun baru tau ni...bagusnya info... :)

Unknown said... Best Blogger Tips

@Anonymous
mmm betul juga tu :)

Unknown said... Best Blogger Tips

@Anonymous
jgn la maki2 orang.xbaik.dosa.kita kan sesama muslim, jd berbuat baiklah sesama muslim :)

Abdbuk said... Best Blogger Tips

bhgian lawak dlm cerita ni bila ad dua perkataan poppy dgn neanderthal....

Anonymous said... Best Blogger Tips

butuh haNG LA INJURED BAHAN LAWAK..

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn komen klo xcaya...ilmu ghaib bkn milik manusia soooooo trima seadanya & selayak nye. aku tertarik dgn kisah hidp nye dan aku ambil iktibar buat bekalan akhir hidup ku..aku percaya dia saudara kita tp bkn beriman dgn nya kerna dia juga makhluk Allah swt & hanya menyembah Allah swt...ingatlah tiada yg mustahil bg Allah swt.

Yusri said... Best Blogger Tips

@P.Preity Petry

Salah pendapat ko. Dalam Al-Quran tak ajar kita camne kita nak solat dan juga cara untuk menutup awrat bagi kaum wanita. Ada AlQuran ajar kita? Belum baca Quran le tu. Cepat je buat pendapat sendiri.

AlQuran tidak lengkap tanpa Hadith dan Sunnah untuk menguatkannya. Sebab itu kena mesti rujuk pada hadith sahih dan kuat untuk menguatkan Al-Quran. Bukan Al-Quran lemah, tapi ini membuktikan fungsi Nabi dan Rasul yang Allah turunkan kepada umat-umatnya ikut zaman.

Jadi, sunnah, hadith dan Alquran saling melengkapi. Dalam sunnah saja yang mengajar kita cara2 untuk mendirikan solat. Dan dalam hadith saja menunjukkan cara Aisyah r.a. mengenakan penutup (dulu tak disebut tudung) bagi menutup awrat. Yang terbaik menutup awrat adalah cara bertudung kerana tidaklah nampak pelik janggal sangat. Sekian, wabillah tawfik, wallahualam bisawab.

Unknown said... Best Blogger Tips

salam smua mkhluk mnusia...saya n bkan ust atu pkaji yg hbat...cume nk kngsi crte juga...mcm sadara kita n cakap kn tadi,malaikat pn thu ape yang belaku...cube kita kena faham betul2 ayat al-baqarah t...baru kita bleh kata kn crita n sama...sme tak dgn crita al-hin n...bgi saya crita n sangat same...al-quran di turun kn untuk mnusia mematuhi stiap yg dwajid kn pada kita smua...kalau kita hndak jdi mnusia paling smpuna dalam dunia n,kita paham btul2 ayat dalam al-quran t...kerana kita n manusia paling smpuna di kalangan mkhluk allah cipta...kalau nk capai smpuna t,baca dan fahami stiap ayt dalam al-quran n...smoga kita n smua diberkati allah...amin...

Anonymous said... Best Blogger Tips

http://www.mostmerciful.com/adam.htm

Anonymous said... Best Blogger Tips

http://www.mostmerciful.com/adam.htm

Sila rujuk ke site yg di beri kan dengan bertajuk "Allah Created and Destroyed
GENERATIONS OF 'MANKIND'
Before the Creation of ADAM'

Anonymous said... Best Blogger Tips

Allah mengetahui tentng sesuatu yang kita tidak ketahui....jd ini adalah kekuasaan Allah yg baru sedikit dia tujukkan...pap0n... terbaik arr cita nie...xda siapa lg ke yg pernah berdialog dgn Al-Hin nie?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Secara logiknya,makhluk sebelum Adam sudah pasti makhluk "kasar"@mempunyai fizikal. Mcm mana pula dia bole menjadi makhluk "halus" sehingga boleh merasuk?
Ini tidak lain dari penipuan jin/syaitan semata2.

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam.. saya bukan bijak pandai atau alim ulama. jangan hanya pandai berbicara tentang hadis dan al-quran. carilah yang sebenar2 hakikat dan hakiki kkejadian manusia. rahsia alam ghaib adalah rahsia allah.kalau namanya rahsia pasti ita tidak akan diketahui oleh sesiapa kecuali allah s.w.t. dan pesan saya, jangan hanya kita percaya saja sedangkan kita perlu wajib tahu dan mengenal baru sempurna iman mahluk Nya. wasalam

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ini semua rahsia Allah . Ambil iktibar dan ini kuasaNya . SubhanAllah , Allahuakbar . Wallahualam :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

salam.. cerita ni best utk dibaca..tpi sebagai manusia..kiter jdikan iktibar supaya minda kiter dapt berfikir tentang kebesaran Allah S.W.T mencipta makhluk2 ghaib yg bukan semua manusia boleh nampak tapi dengan izinNya...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Percaya atau x tu no dua.jd ler pembaca utk mnambah ilmu pgetahuan.skurg2nyer bler ada sape2 mnyebut kitw xler nganga jek..

Unknown said... Best Blogger Tips

Mmg btol al-hin tu wujud...ada 1 pristiwa kat benua eropah...seorg lelaki ni..hampir2 di langgar lori ketika sedang dia naik motorsikal...lpas tu tiba2 je 1 sosok makhluk dgn brkelajuan tinggi...menyelamat kan nya...dlm 1 gerakan pantas..jdi si pembonceng motorsikal tu pun selamat....kisah ini di rakam dlm berita tv di benua eropah....mereka yakin makhluk itu adalh malaikat...tapi bagi aku malaikat mmg susah nak tengok kewujudan dia dlm sebarang bentuk....bagi pandangan aku plak iti mmg al-hin....wallahualam...korang nie x penah baca kh hadis x sahih nie...walaupun hadis ni x sahih..tapi pat d ambik gak bait ucapannya...tuntutlah ilmu hingga ke negeri china....

Anonymous said... Best Blogger Tips

mungkinkah orang2 bersayap (al-hin) mahkluk ghaib yang dicipta dibumi tetapi ketika itu mereka tidak tertakhluk kepada agama Islam sebab tiada nabi dan rasul untuk mereka.. Al-Quran cuma untuk umat manusia sebagai pembimbing... lagipun orang2 bersayap ni byk dipopularkan oleh barat/greek yang boleh menyesatkan umat islam, dan tidak perlu diperincikan didalam Al-Quran sebab x tercapai akal manusia untuk memikirkannya.

Zaman dahulu, agama diturunkan berlainan mengikut kesesuaian kaum. dan ISLAM yang terakhir dan satu-satunya sehingga ke akhir zaman untuk seluruh umat manusia.

apapun hanya Allah S.W.T maha kaya lagi maha mengetahui...

Anonymous said... Best Blogger Tips

makhluk itu mungkin pada awalnya berbentuk kasar tetapi bila depa dah banakk melakukan kerosakan dimuka bumi maka Allah menukar sifat yang kasar tadi menjadi halus untuk memberi peluang kepada makhluk2 yang baru hidup dimuka bumi. kalau makhluk2 yang dulu masih dikekalkan sifat kasarnya saya rasa hari2 manusia pengsan......

Anonymous said... Best Blogger Tips

Jin pn dulu kasar gak. Macam manusie. Slepas mereka tau akan kdatangan manusia; mereka brdoa supaya dihijabkan dari manusia. Wallahualam

Anonymous said... Best Blogger Tips

assalam ustaz...macam mane nk hubungi ustaz..klo ustaz buka blog ni..mtk tlg sgt2 hubungi sy di talian 019 5526540.

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymoussejak bila plak ko tgk dia bro..cakap macam ko dah tengok

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nak babi babi tak payah masuk sini la. Pegi hutan sana banyak babi kau boleh tengok. Nak pegang pon boleh, kalau kau rasa kau bukan Islam la.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Betul tu. Tolong mengaji lebih sikit anon 12:36. Kalau setakat nak ikut logik, saintis kafir pon mcm tu, freethinker, atheist semua. boleh rosak aqidah kau kalau kau berfikir semata mata ikut logik. Bai..

Anonymous said... Best Blogger Tips

post yg bgos mcm ni baru x ad bdk2 sakai yg komen tukar kerajaan,melucah dan batak 1st..teruskan dgn perkongsian mcm ni admin...

Anonymous said... Best Blogger Tips

al-hinn (unsur angin), al-binn(unsur air), al-jinn(unsur api), al-insan(unsur tanah). boleh buka kitab misykat al-masabih, berkaitan hadith jibril. ada dalam satu bab tu. dalam youtube ada. lupa pula nama ustad tu.
jikalau kita perasan, orang putih sudah lama kaji benda2 sebegini dan tampilkan dalam mitos filem mereka (bab2 4 elemen, bab manusia bersayap yg dipanggil 'angel', bab atlantis poseidon dalam kepercayaan greek), adakah ianya satu kebetulan atau kita yang alpa (erti kata tidak mahu berfikir dan mengkaji).
-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni lah dia.. malas nk fikir .. mana tak ya orang Islam sendiri sekarang kebanyakan semua bengap je.. pastu komplen pasal perang menindas.. apa guna Tuhan bagi aqal..

Anonymous said... Best Blogger Tips

satu yang menarik mengenai tajuk ini ialah, walaupun admin tak up cerita baru, tapi dalam top most viewed article, artikel ni jugak yg naik. ini menunjukkan ramai pembaca yg serius mahu mengambil ilmu dan berkongsi pendapat.
yg dok asyik tukar kerajaan maki hamun, sexual abuse tu, hanya segelintir budak2 yang tagih perhatian orang dewasa sahaja.
-humane

Anonymous said... Best Blogger Tips

kitab Misykat al-Masabih, hadith jibril oleh Ustaz Hasnul Hizam Hamzah. ada menyentuh mengenai 'the four elemens' yang anon2 atas sebutkan.
benar, barat dah kaji dan masukkan sedikit dalam filem2 mereka bertujuan utk keseronokan dan mengaut untung filem.
-mymy

Anonymous said... Best Blogger Tips

Panduan minum susu kotak:
sebelum minum
1.Baca tarikh luput pada label kotak susu - jangan minum kalau gelembung, kemek atau bocor
2.Hiduuu... - jangan minum kalau terdapat bau tidak enak, masam atau busuk
3.rasaaa.....- jangan minum kalau ada rasa masam atau basi
ketika hendak minum dan sedang minum
1.Goncang kotak sebelum minum
2.Keluarkan penyedut minuman daripada plastik dengan menarik hujung plastik
3.Jangan meniup penyedut minuman ketika minum
4.Jangan keluarkan atau memasukkan penyedut ketika minum
5.Minum sampai habis ketika susu kotak dibuka

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn sesekali menghina apa2 mahkluk ciptaan Allah..krn ianya seolah2 km menghina penciptanya....

Unknown said... Best Blogger Tips

Were there any people before Adam (peace be upon him) whose name was Jinn and others whose name was Hinn?

Praise be to Allah.
There is nothing in the Qur’an or sunnah (prophetic teachings) to indicate that there were any people living on Earth before Adam (peace be upon him). Rather the reports that speak of this are the opinions of mufassireen (Quran commentators) among the sahabah (companions) and tabi‘een (successors). For example:

-1-

The first opinion is that the earth was inhabited by the jinn, whom Allah, may He be exalted, created from fire. This opinion was narrated from most of the mufassireen.

At-Tabari narrated in his Tafseer from Ibn ‘Abbas (may Allah be pleased with him) that he said:

The first ones to dwell on earth were the jinn, and they caused mischief therein, shedding blood and killing one another.

It was narrated from ar-Rabee‘ ibn Anas that he said:

Allah created the angels on Wednesday, and He created the jinn on Thursday and He created Adam on Friday. Then some of the jinn disbelieved, and the angels used to come down to earth to fight them, and there was bloodshed and corruption on earth.

-2-

The second opinion is that there was no one on earth, jinn or otherwise, before Adam (peace be upon him).

at-Tabari narrated this view in his Tafseer from ‘Abd ar-Rahman ibn Zayd, who said:

Allah, may He be exalted, said to the angels: I want to create a creature on earth and make him a vicegerent (khaleefah) therein. On that day Allah had no creation except the angels, and there were no creatures on earth.

Al-‘Allamah at-Tahir ibn ‘Ashoor said in at-Tahreer wa’t-Tanweer:

After mentioning the creation of the earth then the heavens, Allah referred to His will, that He would create a vicegerent. This indicates that creating the vicegerent was the first thing done on earth after it was created. The vicegerent here is the one who takes control of another’s property and manages it, and the original owner does not necessarily have to have been in that place beforehand. So the vicegerent was Adam (peace be upon him), and his role as vicegerent was to do what Allah, may He be exalted, wanted of developing the earth on the basis of inspiration and revelation, and to teach his offspring Allah’s plan concerning this earthy realm. End quote.

With regard to what some commentators and historians say about a race called Hinn inhabiting the earth, then the jinn came and killed them and took their place, it seems that this is a story that cannot be attributed to any sound isnad (chain of narrators).

Ibn Kathir said in al-Bidayah wa’n-Nihayah:

Many scholars of tafseer say that the jinn were created before Adam (peace be upon him), and before them on Earth there were the hinn and the binn, then Allah caused the jinn to prevail over them, so they killed them and expelled them from the earth and inhabited it after them. End quote.

Al-‘Allamah at-Tahir ibn ‘Ashoor said in at-Tahreer wa’t-Tanweer:

If it is true that the earth was inhabited before by a race of creatures called al-hinn wa’l-binn or, it was said, they were called at-tamm wa’r-ramm, this is a reference to something that never existed and is unknown. Perhaps these are among the myths of the Persians and Greeks propagated by the storytellers, because the Persians say that before mankind existed on earth, there was a race called at-tamm wa’r-ramm, and the Greeks believed that the earth was populated by creatures called Titans, and Zeus, the leader of their gods according to their beliefs, drove them from the earth because of their evildoing. End quote.

And Allah knows best.

Unknown said... Best Blogger Tips

This is awesome articles, Thanks for sharing to all together. Regards, Blog Supporter

Anonymous said... Best Blogger Tips

Masuk akal jgak kan..Bangsa jin nih kan mang dah adasblum Nabi Adam a.s

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sya prnah baca mngenai makhluk brnama Al Hin ini berbulu putih mirip manusia,mempunyai syap yg besar dan cantik.ada yg separa haiwan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...