Bangunan yang diberi nama New Century Global Centre ini terletak di Chengdu, wilayah Sichuan, China. Bangunan yang bakal dibuka pada Jun 2013 ini melayakkannya medapat gelaran bangunan terbesar di dunia dengan berketinggian 100 meter, 500 meter panjang dan 400 meter lebar.
Dengan berkeluasan 1.7 juta meter persegi, dianggarkan ianya mampu memuatkan 20 buah Sydney Opera House dan mengikut perbandingan dengan Pentagon di Washington, yang masih lagi merupakan salah satu bangunan pejabat terbesar di dunia, ianya hanyalah satu pertiga daripada keseluruhan luas bangunan ini.

Bangunan Global Centre ini bakal menempatkan pejabat, bilik persidangan, kompleks universiti, dua buah pusat komersial, dua buah hotel lima bintang, panggung wayang IMAX, perkampungan Mediterranean, gelanggang luncur ais dan banyak lagi tarikan menarik.
Walaupun dengan jarak Chengdu yang sangat jauh dari laut, namun kompleks ini dihiasi dengan tema-tema marin seperti air pancut, taman tema air yang besar dan pantai buatan manusia, selain dilengkapi dengan matahari artifisial yang akan bersinar 24 jam untuk memberikan suhu persekitaran yang selesa.
Antara tarikan utama bangunan yang juga digelar sebagai bandar lautan buatan manusia ini adalah pantai buatan berkeluasan 5000 meter persegi dilengkapi dengan kedai makanan laut yang mampu memuatkan seramai 6000 orang.
Satu lagi bangunan besar juga bakal dibina tidak jauh dari situ yang direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Chengdu Contemporary Arts Centre yang dilengkapi dengan teater, opera house dan juga muzium.
Bangunan ini juga bakal menjadi simbol kepesatan ekonomi yang sedang dinikmati oleh China sekarang.

p/s : Besar kot..
Sumber : here
10 comments:
1st......
tukaq kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor..... peace no war :)
yeahhhhhhhh... aku orag ptrajaya 1sttt!!!!
kenapa korang asyik nak tukar kerajan je,tukar lah perangai ko tu dulu.menyemak kat sini je
Awal2 perkataan dah typo. Apa lah admin nii. . Hahahah , jenuh cleaner bangunan ni nanti. Mesti ramai gila cleaner die :D
design skang sume concept decon...ngan modern contemporary...jd arkitek mmg sedap le design...sape tukang kira (engineer)...mmg (aku stress gila) ... ape tukar2 kerajaan gi tukar spender dh stahun x sentuh..haha
yg mana yg typo? admin dah tukar ke? cisss tak sempat tgk
china ni macam2 dia buat. tapi yg paling xleh lawan china doll
BONGKAR 403 JUTA..
TUKAQ KERAJAAN
Besar kot? Kenapa org zama ni suka guna perkataan 'kot' dihujung? macam tak yakin. kalau sebut 'besar tu..', takpelah juga..
Post a Comment