Kongsikan Entri Kami

Sunday, 17 February 2013

Serius : Budak 13 Tahun Hampir Dilempang Kerana Merokok (Gambar)


BATANG KALI - Rasa kurang senang pengunjung yang makan di sebuah restoran di sini melihat seorang remaja bawah umur merokok, menyebabkan seorang lelaki menegur kelakuan remaja terbabit dengan niat menasihati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 13 tahun dikenali sebagai Khaliq itu bertindak kurang sopan apabila membalas kata-kata yang tidak enak didengar. Kesudahannya, Khaliq hampir ditampar oleh pemuda, Ramlan Zainuddin, 36, yang cuba menasihatinya.

Ramlan berkata, dia hanya mahu menasihati remaja terbabit supaya lebih menghormati orang dewasa dan tidak merokok di khalayak ramai kerana perbuatannya salah.

“Ini satu kesalahan sebab dia bawah umur, malah merokok selamba di depan orang ramai.

“Saya tidak mahu adik saya begini sebab itu saya tegur,” katanya yang menganggap Khaliq seperti tanggungjawab menjaga adiknya.

Sebelum itu, Khaliq bersama seorang rakannya dilihat membeli ‘rokok batang’ yang dijual di restoran India Muslim tersebut.

Seorang lagi pelanggan, Nur Aina Nabila Arshad, 35, berkata, sikap peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur antara faktor gejala merokok dalam kalangan anak muda berleluasa.

Menurutnya, peniaga kedai runcit dan restoran sepatutnya perlu terlibat sama dalam usaha membendung gejala tidak sihat itu.

“Ahli keluarga juga perlu bertegas sebab masalah seperti Khaliq ini jelas berpunca daripada ibu bapa yang tidak pedulikannya.

“Dia kata ibu bapanya tak tahu dia merokok dan tak peduli dia ke mana. Jadi, bagaimana anak-anak muda ini tidak rosak,” katanya.

p/s : Selamba badak.. badak pun tak selamba macam budak ni. 

Sumber : here

19 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ma sha allah ..

Anonymous said... Best Blogger Tips

azam hensem second!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

slh kerajaan la ni..xketatkan penjualan rokok..nk ketatkan cmne ye x?brpe byk dorg pow duit rokok tu..
tukaq kerajaan

Anonymous said... Best Blogger Tips

LEMPANG MAMAK KEDAI TU SKALI-JUAL ROKOK BUDAK BAWAH UMUR..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Budak2 sume bnda dorg nk try. kalau anak aku ni aku dh guling dh ni. dgn mamak tu skali aku guling.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kurang kaseh sayang mmang begitu..kesian..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian budak tu kecik2 da pandai merokok.tapi lagi kesian budak anon yang sibuk nk tuka kerajaan ni. ko ni xde g skola eh dulu time kecik2 sebab ko ckp ni macam org xde pelajaran. ke ko xde agama cakap macam org xtau bersyukur. atau pon ko ni xde keluarga sebab cakap macam org kurang kasih sayang. kesian la ko ni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 19:09 nk bersyukur apa klau dpat kerajaan berasuah lg dayus..kau bersyukur sorg ckup la..aq xmaw...:P

Anonymous said... Best Blogger Tips

tpi ko dok gk kt malaysia ni ? Bahalol !

ali said... Best Blogger Tips

Anon 19:36 ...jgn sembang lebih lah. Aku jamin..kalo kita ni kerja tukang amik madu. Madu yg kat jari tu sure ngap ke mulut...ini br madu. Belum lg projek juta2..

Anonymous said... Best Blogger Tips

syukur bukan sebab ada kerajaan dayus, skurang2nya ada kerajaan, kalo time 13mei tu kit siang memerintah, x kemana ko skarang, silap2... internet pon ko x tau, duk la dlm kmpung bawah tempurung.. idea internet ni pon dari kerajaan, ko pakai internet tpi x syukur.. bebal

Anonymous said... Best Blogger Tips

ali..tu keje2 org2 yg xckup ilmu agama je..klau ckup xbuat bnde2 hrm camtu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Pemikiran hampa nie dasyat nuh.. Bg hmpa semua semua kerajaan wat semua betui.. Xdak bn xdak tenet.. Xdak bn xdak jalan raya rumah dan bagai... Adoii kecian betui dgn mentaliti kelas ke 3 cm nie.. Habeh dkt negara len da bn ke baru jd semua 2.. Agak2 r nk membongak pon... Itu tangungjwb kerajaan.. Kerajaan yg di angkat oleh rakyat.. Berat 66 lagu nie... Kecek supa xdok otak...

Anonymous said... Best Blogger Tips

seronok tgk org melayu gado mcm ni... gado la lg... kt malaysia ni... politik dh mcm agama... org lg taksub... gado la melayu... gadoh puas2...

Anonymous said... Best Blogger Tips

nk harap krajaan klantan..? air pun keruh,lg nk bnyk bunyi.. Tolak PR

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang elok pun kena lempang.. kecik2 dah pandai nak mati..

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg bdk2 btg kali xsnonoh prangai...dlu kje kt situ slalu sgt brdpn dgn bdk2 yg cmni.sakit jiwa rse..lg2 bdk2 yg skola kt blkg tu.....yg kt dgn msjd tu..bole beza dgn tgk prangai,dresup yg mne 1 bdk yg skola kt bndr bru btg kali dgn bdk yg skola kt syed mashor.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kerajaan dulu tak sama macam kerajaan sekarang, dulu rakyat bodoh, sekarang pun bodoh juga sebab dah tau kerajaan rasuah dan menipu pun masih sokong. dulu umno dan bn bersih kerana nak perjuang kemerdekaan, selepas berjaya dapat tanah melayu, mereka pun layu motif memperjuangkan hak rakyat. sebenarnya tanpa kerajaan pun rakyat masih boleh membangun tapi tanpa rakyat kerajaan tak boleh pi mana, takkan maju malaysia ni macam hari ni tanpa rakyat yang maju, sepatutnya kerajaan malaysia sekarang yang berterima kasih kepada rakyat sebab pilih dan bantu mereka bangunkan malaysia bukan suruh rakyat berterima kasih pada diaorang. penyokonng umno jangan nak bongok bangang sangat, aku tak sokong mana pihak tapi mata dan hati aku dapat melihat yang mana salah dan betul!

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg hebat la dak 2,kecik2 da isap rokok ble besa isap ape pulak agaknye..hmm.. kerajaan baik sokong la,jahat x sokong cbb x nk negara kite darurat cam dulu..doakn malaysia aman selamanye...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...