Kongsikan Entri Kami

Tuesday 20 November 2012

OMG : Mumia Anjing Berusia 1000 Tahun Ditemui Di Mexico (3 Gambar)


BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini. Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.

Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953. Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.

Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia.



Sumber : Here

6 comments:

BAD GINGER said... Best Blogger Tips

ttp 1 st

Rammizan Ramli said... Best Blogger Tips

eh diam lah

Anonymous said... Best Blogger Tips

naseb bek 1000tahun dhulu..so yg nie bkn salah UMNO BN..xpe trlepas kali nie bkn brmkne lepas slamenye !!

MOYANG MR.FAPSON

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

alamak mumia anjing la...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ADA LAGI ANJING GILA BABI YANG COMMENT 1ST

Anonymous said... Best Blogger Tips

cam ikan kering

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...