Kongsikan Entri Kami

Monday 18 February 2013

Info : Inilah Gambar Yang Memenangi World Press Photo 2013 (4 Gambar)


Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel memenangi anugerah World Press Photo 2013.

Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.

"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.



Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.

Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP, Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat (AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.

Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara.



p/s : Sungguh sedih tengok gambar tu.. 

Sumber : Here

15 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

sungguh menyedihkan....zalimnya israel.

Anonymous said... Best Blogger Tips

penduduk kecil syurga....bdk2 2 mninggal kompom ke syurga..nasib kita lak cmne ntah

Anonymous said... Best Blogger Tips

mmg layak menang

Unknown said... Best Blogger Tips

sedih kot... LAKNATULLAH ISRAEL.

SADIS:ARTIS CANTIK MINUM AIR KENCING SENDIRI!
PELIK:HIMPUNAN GAMBAR PELIK YANG JARANG ANDA LIHAT!
EYUCKS:WANITA MALAYSIA KANTOI BUANG AIR BESAR DALAM LIF!

Anonymous said... Best Blogger Tips

BR1M - baucer rasuah 1 malaysia..
tukaq kerajaan

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

sadisnya... sial punya yahuds

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni yang patut kene tembak ni.anjing politik.hoi babi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sedih jer ker?
pastu apa korang buat?...
sudah banyakkah derma korang bagi kat Palestin?
Korang ada wat potongan gaji bulanan ke unutk Palestin?

PLEASE SUPPORT http://www.amanpalestin.net/

Anonymous said... Best Blogger Tips

thank anon atas utk link tu.
tapi rata2 rakyat malaysia simpati dgn nasib mereka.
cumanya kita tidak ada kekuatan dari segi ekonomi dan kuasa. mungkin ada segelintir yg membantu senyap2. ada tu ada. bukan tak ada. jgnlah pertikaikan apa yg mereka buat. :)
(faham niat baik sedara)

-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

bestnya mati sebagai pejuang ISLAM.

ALLAHHUAKBAR..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ntah anon 08:03. Ko ckap bajet baik pnya....kita kn ada cara msing2.
jadi buat je pe yg ptt. InsyaAllah satu hari nnt "hari kegelapan kian cerah" untuk semua yang ada. Amin

Anonymous said... Best Blogger Tips

“BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH UNTUK MEMPEROLEH KEBAIKAN, MAKA ALLAH MEMBUAT IA MENJADI PANDAI DALAM HAL KEAGAMAAN.”

Anonymous said... Best Blogger Tips

berdoa pon dh kira sedekah

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 07:00 kite kasik pijak jer perut dia sampai pecah

Anonymous said... Best Blogger Tips

Allah hancurkan musuh kami

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...