Kongsikan Entri Kami

Wednesday 16 November 2011

WTF : Remaja 15 tahun 'terlanjur' 20 kali Bersama Teman Lelaki di Petaling Jaya

ilustrasi
PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.


Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.




Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.


“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

13 comments:

izam aiman said... Best Blogger Tips

nie yg bangang nye nape laki tu je kene hukum bis bdk pompuan tu kene pe? suka same2 masuk lokap sorang2 adil ke?.....dasar pompuan tu yg jalang.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

kahwin ja abis crita......

Anonymous said... Best Blogger Tips

tau xper.. nape laki je yg kene?
padahal adik die pun same jer teruk ntah pape !!

Anonymous said... Best Blogger Tips

abang ipar dia nak wat best la tu..bg la chance..

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg mengajaknye sapa..... budak 15 tahun da matang sangat ke nak pk sendiri.. klu pompuan tu x masuk lokap pun da tentu mak bapak dy anta g pusat mana2.. xkan nak biar anak pompuan dy macam tu..aku pun oenah bercinta juga.. selalunya jumpa laki yg mengajak wat benda x senonoh.. xkan korang xpenah ajak korang.. kurang2 minx pic lucahkan..........

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul2 aku setuju...aku pun pernah gak jumpe lelaki cm tu...klu x lelaki yg mulakan dulu x jadi benda2 cm nie...lagi satu family ppuan tu mcm x berape nak ambik tahu hal anak die..kes mcm nie la banyak berlaku...

Anonymous said... Best Blogger Tips

itu dh kira kes rogol sbb perempuan tu msih dibawah umur..itu ada aktanya..tk kira pd pihak lelaki atau perempuan dua2 kene tanggung risikonya.

Nick Casper said... Best Blogger Tips

zaman skang en...budak-budak semuanya advance..last macam gini la jadinya...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape boleh cakap laki memang pandai mengajar benda2 ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

kecoh tol abg ipar dia, ni mesti time skolah slalu kne buli, da besa jadi mcm ni lah,

Anonymous said... Best Blogger Tips

benda ni xkan jadi kalo sorg je nk.dua-dua salah.. kalo lelaki tu pujuk mcm nk gile pun tp pompuan tu tahan n xnk bnda tu x jd gak kn...skang bnda dah jd,nape nk hukum or serabut2..cari penyelesaian nye.bukan cari sape yg salah..diorg nnti lg tertekan n idup dalam keadaan memberontak.lg teruk masa depan diorg.bg semangat n motivasi yg setiap org akan buat silap.nk2 dlm masa zaman skang yg mencabar ni.

Hafifi Borhan El Said said... Best Blogger Tips

@izamdesign even suka sama suka....undang2 negara menetapkan kes ini sebagai kes rogol coz bawah umur...sekian!

Hafifi Borhan El Said said... Best Blogger Tips

tak preggy ke?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...