PALEMBANG: Atlet Malaysia Aaliyah Yoong Hanifah,  8, membuat kejutan di Tasik Jakabaring di sini apabila memenangi pingat  emas dalam kategori tricks Sukan SEA Ke-26 hari ini dan sekali gus  muncul sebagai atletpaling muda yang meraih pingat emas dalam sejarah  sukan itu.
Aaliyah mempamerkan aksi dengan penuh keyakinan dalam rutin pusingan  pertamadan mengutip 2,810 mata sebelum melakukan trick satu kaki dalam  pusingan keduauntuk meraih 2,960 mata.
Sebagai peserta yang memiliki tubuh jauh lebih rendah dan kecil  berbanding atlet lain, penyertaannya menjadi tumpuan para penonton dan  media.
Aaliyah berkata dia teruja kerana memenangi pingat emas untuk Malaysia.
"Keyakinan saya tidak pernah luntur. Saya hampir hilang imbangan pada  pusingan pertama, tapi mujurlah dapat mengatasinya," kata atlet luar  biasa ini kepada pemberita.
Peserta Thailand Sareeya Promsuntisit menang pingat perak dengan  meraih2,410 mata dalam pusingan pertama dan 2,570 mata dalam pusingan  kedua, manakalaseorang lagi atlet Malaysia Phillipa Yoong-Barly mendapat  pingat gangsa setelahmeraih 1,890 mata pada pusingn pertama dan 1,860  mata pada pusingan kedua.
Bapa Aaliyah, Hanifah Yoong, berkata anaknya bermain ski air sejak berusia lima tahun.
"Kami tak mahu mendesaknya sangat-sangat kerana dia masih muda. Kami  tak mahu dia berasa tertekan. Bagaimanapun, dia amat suka berlatih  seolah-olah ketagih dengan sukan ini," katanya.
Hanifah berkata walaupun Aaliyah berlatih lima hari seminggu, dia tetapmempunyai masa untuk bergaul dengan rakan-rakannya.-BERNAMA
mstar
mstar
 

 

2 comments:
taniah.proud to be Malaysian.^^
adik alex yoong ni..btol x?
Post a Comment