Kaherah – Tindakan seorang pelajar  universiti yang juga seorang blogger di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy yang memuat naik gambar  bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap  kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan  mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak  beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan  menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.
Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan  jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga  pengunjung dalam masa dua saat.
Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya  melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah  itu.
Ia termasuk gelaran  pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya.
Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di  Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan  vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.
Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir  dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak  ramai dan atas paksaan keluarga.
Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem  namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu  diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.
Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6  April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas  pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu.
Dalam pada itu, Pergerakan Belia 6 April Mesir menyifatkan tindakan  gadis itu menyamar sebagai anggota pertubuhan berkenaan sebagai satu  konspirasi.
“Gadis bernama Aliaa al-Mahdy ini telah menyebarkan pembohongan  mengenai kumpulan ini. Kami tidak mempunyai anggota yang terlibat dalam  perbuatan tidak bermaruah dan dia ini adalah agen Keselamatan Negara  yang hanya ingin merosakkan imej kami selepas kejayaan protes anti  kerajaan yang berjaya menyingkirkan Hosni Mubarak, Februari lalu,” kata  pergerakan berkenaan dalam satu kenyataan.
 



 

6 comments:
lawa siallll
mate kau mmg sial!!!
neraka lah ko yialll
http://arebelsdiary.blogspot.com/?zx=d44cd629757e83ab
dem lawa kot..
Popuan bodoh rasanya telah d perbodoh2kn oleh c kareem laknat tu la...
Post a Comment