KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tempat  pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya  memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik,  Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
“Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang  menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes,” katanya semasa  menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia  berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang  melanggar peraturan yang ditetapkan.
Rosnah berkata, kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia  adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang  ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Katanya, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk  bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar  standard yang ditetapkan.
“Manakala pada 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana  5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard  ditetapkan,” katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata, selain tindakan mahkamah yang  diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran  kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar  Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.
“Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan  sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di  pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan,” katanya. –  BERNAMA
Sumber : MNH 
 

 

2 comments:
serius... aku tgk org minta sedekah kat malaysia ni pun lg gemuk dr aku... cube tgk BERSAMAMU.... kurus ke gemuk org yg minta pertolongan tu....
perut yg boroi lambang kekayaan..klu obesiti-->rumah kata pergi kubur kata mari.. itu sebabnya kite kne ikut cara pemakanan Nabi(S.A.W)bru hidup shat dan sentiasalah b'sedahna..
Post a Comment