Zeng Li yang telah mengeluarkan iklan untuk mencari penyewa bersama di apartment yang didiaminya sekitar Guangzhou. Pada 3 November yang lepas, seorang lelaki tiba di depan pintu Zeng Li pada hari tersebut berpura-pura untuk melihat sekeliling sebelum merompak serta mencederakannya. Kemudian, perompak ini cuba merogolnya pula. Tetapi malang tidak menyebelahi perompak ini apabila seorang jiran Zeng Li iaitu Xiao Huang yang tengah mencari burungnya melihat tingkap Zeng Li yang selalunya terbuka luas tiba-tiba tertutup rapat pada malam tersebut. Xiao Huang yang begitu curiga dengan perubahan tersebut memanjat dinding setinggi 1.5 meter untuk menuju ke arah apartment Zeng Li. Dia terkejut apabila melihat Zeng Li diikat pada katilnya dan lantainya dipenuhi darah. Xiao Huang menyatakan dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya terus mencari seorang lagi penghuni untuk menceritakan perkara ini. Xiao Huang menyuruh Xiao Chen untuk menghubungi pihak polis dengan segera. Xiao Huang kemudian turun ke bawah untuk mencari pengawal bagi menolongnya bagi memastikan perompak ini tidak larikan diri. Pihak polis tiba tidak lama kemudian dan berjaya menangkap perompak tersebut. Zeng Li terselamat tetapi Xiao Huang pula diserang pelbagai persoalan oleh rakyat China kerana beberapa perkara, antaranya :
1. Kenapa Xiao Huang tidak menghubungi polis sejurus selepas dia mengetahui insiden ini tetapi menyuruh orang lain untuk menelefon?
2. Kenapa Xiao Huang sensitif sangat pada samada tingkap Zeng Li terbuka atau tertutup serta sanggup memanjat dinding setinggi 1.5 meter ke rumah Zeng Li?
Xiao Huang kini dituduh mengintai Zeng Li atau 'Peeping Tom'
Chinasmack
5 comments:
budu punya perompak....ni la bagusnya kalau ada org yg slalu kuat skodeng....kurang2nya dpt banteras jenayah.....jd kpd perempuan2,....buka la tingkap anda slalu..agar keselamatan anda di jamin....hahahah
setakat hendap ja..x luak pun..dpa pun pentingkn harga diri mei..
Kesiannye. ..dah menolong org. .tapi di ungkit kembali persoalan yg d ragui..
di China lagi..
hari tu budak dilanggar, mak cik yang menolong dituduh cari publisiti.
Memang payah la nak buat baik dekat China. Semua perkara baik yang dibuat, semua di twiss jadi sebaliknya. Alih2 semua jadi pentingkan diri sendiri. Sampai ada org pengsan/mati tgh jalan pun, orang akan buat tak tahu.
parah2 manusia sekarang.
CHINA....!!!
mmg cenggitu...
malas nk komen dh..
sakit hati...
Post a Comment