Kongsikan Entri Kami

Wednesday 16 November 2011

Cool : Gambar Sekitar Istana Negara Baru di Jalan Duta (8 Photos)

Sejarah Istana Negara Jalan Duta
Istana Negara berpindah dan mula beroperasi di kompleks baru di Jalan Duta secara berperingkat mulai 19 Oktober lepas manakala penugasan kepada anggota pengawal daripada ATM bermula hari ini. Istana Negara lama di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah. Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan. Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini.

Ciri-ciri Bangunan

Istana Negara Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Laluan Masuk Utama Istana Negara
Istana Negara yang baru ni mempunyai 3 laluan masuk utama iaitu :
a) Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta adalah untuk kegunaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang DiPertua- Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.

b) Pintu masuk ke-2 terletak di Jalan Semantan Dungun. Ini untuk Tetamu-Tetamu Diraja, dan
c) Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara yang berdepan dengan Plaza Damas ialah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.

Pembinaan Istana Negara ini dikatakan menelan belanja sehingga RM 800 juta yang merangkumi 3 komponen utama; Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).
 
Untuk maklumat lebih lanjut : http://www.istananegara.gov.my/



 aleya

22 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Satu lagi pembaziran duit rakyat..

minoari89 said... Best Blogger Tips

aku sokong..inflasi akan bermula..

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous
Skit2 membazir..skit2 membazir....asal korang makan kenyang, x kebulur, ade rumah yang selesa..CUKUP..abis tu nak suruh sultan duduk kat pondok kayu..??

Anonymous said... Best Blogger Tips

btl.saya sukung

Anonymous said... Best Blogger Tips

Istana lama lg cantik.. ni nampak mcm bangunan biasa je.. xde seni.

Anonymous said... Best Blogger Tips

BETUL BETUL

SATU LAGI PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT

azri said... Best Blogger Tips

YG CKP MEMBAZIR SUME GUNA 'ANON'
DASAR PENGECUT!! KO BUKAN BAYAR CUKAI PUN!!

Notown said... Best Blogger Tips

ni kalau sultan tak buat ape2 untuk rakyat tak tahu la...hemohemo...

Anonymous said... Best Blogger Tips

baaaazzzzzziiiirrrr......!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

rakyat disuruh berjimat cermat...tp...............................................

Anonymous said... Best Blogger Tips

pukimak betol sape yg ckp makan duet rakyat tuh!! ko ingat kerajaan ni miskin sangat ke nk makan duet korang?fuck la korg!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Duit rakyat. Tapi rakyat x boleh masuk, pijak, apakan lagi beradu.. Hanya mampu lihat dari luar saja

Anonymous said... Best Blogger Tips

hmm..makan duit rakyat..kerajaan dahlah takde duit,lagi nk buat semua ni..ramai lagi rakyat yg hidup miskin yg lebih memerlukan..pembaziran..hmm..sikap manusia akhir zaman..macam ni lah..astaghfirullah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

sp yg mrh2 2 mmg x reti pk ke? klu kos wt istana nie di beri sbg bantuan kpd org2 miskin,daif xpn ibu2 tunggal,m'sia bley capai sifar pengemis..xpn wt subsidi myk ke..mcm2 bley di wt tuk rakyat yg 'didahulukan'..

Anonymous said... Best Blogger Tips

duit rakyat tu bukan duit ko! ko tu rakyat PKR/PAS!!

Enierz said... Best Blogger Tips

bina bangunan juta-juta hanya untuk kemegahan saja...

Anonymous said... Best Blogger Tips

betol2, baik noh kerajaan lebih byk kan tolong org miskin yg duduk pelusuk2 tu, yg umah tkde elektrik tkde air tu. buat rumah mahal2, rakyat bkn dapat ape pon, tk faham tol lah

Anonymous said... Best Blogger Tips

betol...betol..betol...bazirrrrr

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha..!kelakar la korg ni.. =D

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah Lupa dunia nie sementara...rumah besar2 pown nnti mati x boleh bw masuk kubur

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bodo korg rakyat nak kecoh buat ape ? da tentu2 kerabat dari seluruh dunia datang jumpa raja kita mesti la org respek , takkan nak raja rumah kecik2 lagi kene hina nanti ade la .. ade otak pikir jangan memanjang nak ckp duit rakyat la duit ape la bodo betul org zaman sekarang nie otak pendek.

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang membazir la... kenapa orang yg sokong wat istana ni pendek akal dan otak udang..maksud membazir tu...kenapa nak wat lg istana, wal hal istana diraja dah ada..jadi lebih baik duit utk buat istana ni bg sabsidi pd rakyat.. fikir lah secara rasional...bukan emosional...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...