Kongsikan Entri Kami

Thursday 17 November 2011

Gosip : Raja Azmi Mengamuk Pada Festival Filem Malaysia 24


Pengarah kontroversi, Raja Azmi mengejutkan beberapa jemputan yang hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam tadi apabila beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum meninggalkan majlis tersebut.

Tindakannya itu telah menarik perhatian beberapa penggiat seni dan media yang berada di sekelilingnya kerana pengarah ‘…Dalam Botol’ ini bercakap dalam nada yang kuat seolah-olah beliau sedang memarahkan sesuatu. Antara perkataan yang didengari oleh para media yang hadir ialah “Tak faham, tak faham…Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar.”

Difahamkan, tindakannya itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Malam Anugerah Gemilang Cipta di mana filem terbitannya, ‘…Dalam Botol’ tidak berjaya membawa  pulang sebarang anugerah pada malam itu.

Insiden tersebut berlaku ketika nama Presiden GAFIM merangkap Pengarah FFM 24, Jurey Latiff Rosli diumumkan sebagai pemenang Pengarah Harapan pada malam itu. Tindakan wanita kontroversi ini lebih berani apabila beliau membebel tidak berpuas hati ketika berselisih dengan Jurey yang sedang turun untuk mengambil anugerah.

‘…Dalam Botol’ tercalon dalam tiga kategori pada malam tadi iaitu Poster Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki menerusi Arja Lee serta Pengarah Harapan (Khir Rahman). Filem ini mempunyai satu lagi kategori pada Malam Anugerah Gemilang Perdana yang akan berlangsung pada 20 November ini iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Fauziah Datuk Ahmad Daud.

GUA

3 comments:

mimiey said... Best Blogger Tips

mcm2 jak.

Anonymous said... Best Blogger Tips

tantalau dalam botol!!!!!!!hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

...dalam botol memang xbest ponn :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...