Mungkinkah kemenangan lagu berjudul Penakut ciptaan dan nyanyian Yuna sebagai Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 sedikit sebanyak ‘mencacatkan’ kemeriahan dan kegemilangan anugerah berkenaan malam tadi?
Itulah persoalan yang bermain di kalangan pencinta muzik tempatan apabila lagu tidak ‘mesra telinga’ dan jarang mendapat tempat di radio itu diangkat sebagai lagu terbaik menewaskan lagu yang lebih popular seperti Beribu Sesalan nyanyian Jaclyn Victor, Shila Hamzah dan Ning Baizura dan Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.
Namun seperti yang sering ditekankan penganjur AIM, pencarian lebih tertumpu kepada ‘yang terbaik’ berbanding ‘yang popular’.
Maknanya dalam erti kata lain, semua faktor akan diambil kira seperti gubahan muzik, lagu, senikata, suara dan pelbagai lagi perkara.
Harus diingat, keputusan malam ini berdasarkan penilaian puluhan juri profesional yang diketuai penggubah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Kemungkinan di sini juri melihat semua faktor ‘terbaik’ itu ada pada Penakut dan bukan pada Beribu Sesalan mahupun Sedetik Lebih. Dan Kejayaan Yuna tidak terhenti sekadar di situ.
Anak muda ini sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila menangi Persembahan Vokal Wanita di Dalam Lagu dan Anugerah Kembara disebabkan hasil sumbangannya dalam memartabatkan dunia seni tempatan di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu Datuk Sheila Majid menepati ramalan memenangi anugerah Album Terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.
Lagu di dalam album itu, Jeritan Batinku turut memenangi Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu.
Penyanyi lelaki popular, Anuar Zain turut memenangi dua anugerah iaitu Persembahan Vokal Lelaki di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik bagi lagu Sedetik Lebih.
Najwa Mahiaddin memenangi gelaran Artis Baru Terbaik selain memenangi kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik bagi lagu ciptaannya sendiri, Got To Go.
Kumpulan 6ixth Sense pula memenangi Artis Mobil Celcom Terbaik berdasarkan penjualan muat turun lagu mereka sebanyak 1.8 juta kali.
Anugerah Sri Wirama pula diberikan kepada Beh Suat Pheng di atas sumbangannya kepada industri muzik tempatan.
AIM 18 yang dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan turut diserikan dengan persembahan Najwa, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Ella dan Mawi. –
Keputusan Penuh
Album Terbaik – Produser
The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
Lagu Terbaik
Penakut -Yuna
Penakut -Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih
Anuar Zain – Sedetik Lebih
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Yuna – Penakut
Yuna – Penakut
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
Artis Baru Terbaik
Najwa Mahiaddin
Najwa Mahiaddin
Lagu Pop Terbaik
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque & A.P.I.
Pelita – Loque & A.P.I.
Lagu Nasyid Terbaik
Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Got To Go – Najwa – Najwa
Got To Go – Najwa – Najwa
Kulit Album Terbaik –
Pereka Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. – Urusan Aizat Amdan – Aizat
Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Faris – Susun Silang Kata – Aizat Amdan
Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Keith Yong – Realize – Reza Salleh
Keith Yong – Realize – Reza Salleh
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
Ku Menunggu – Rossa
Ku Menunggu – Rossa
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
Artis Mobile Celcom Terbaik
Sixth Sense
Sixth Sense
Anugerah Kembara
Yunalis Zarai
Yunalis Zarai
Anugerah Wirama
Beh Suat Pheng
Beh Suat Pheng
Sumber : Here
2 comments:
bodoh punya juri...adakat lagu penakut yg di nobatkan......
penakut memang terbaik..
Post a Comment