Kongsikan Entri Kami

Monday 14 November 2011

Berita : Brad Pitt Beli Sebuah Kereta Kebal Buatan Soviet


Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut..
Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.
Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.
Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.
Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.
Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.
 
Sumber : Here


2 comments:

mimiey said... Best Blogger Tips

semua boleh kalau ada duit.

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg pelik tu dia cakp mainan...Mainan kew tu??? so stress

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...