Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 20 September 2011

WTF : Tiga Murid Dikurung Dari Mengambil UPSR di Bintangor Kerana Tak Pandai

 
Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.
“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

p/s : memang tak patut sekolah buat macam ini dengan murid mereka. Mereka juga berpotensi dalam UPSR ini walaupun agak lemah. Dulu admin ada seorang kawan yang selalu dapat nombor paling hujung di kelas, setiap hari cikgu marah dan tegur. Hujung-hujung dia nekad untuk belajar dan dia dapat 5A dan ambil ko cikgu yang selalu marah dia. Memang terkejut cikgu tetapi gembira pada yang sama.

sumber : Berita Harian

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kadang2 bnda mcm ni datang dr pengurusan tertinggi. nak sangat result yg bagus dr sekolah. kalau xbgus nak blaim(btol ntah eja) sekolah. tu la skolah tension sampai buat mcm ni. cz pihak tertinggi hanya pentingkan kuantiti bukan kualiti. bg diorang kalau 100% lulus dah sgt baik walaupun smua budak dapat 5C@ budak hanya ada 2org yg amik upsr. tp xtgk kualiti. kalau dapat 10 peratus misalnya tp yg lulus adalah 5A xkan dipandang disebabkan 10% td...mgkin atas sebab mcm tu pihak sklah di atas ni ambik cara mudah cz kalau budak xamik upsr dikira x hadir n peratusan xkan terjejas.apapun, segala yg terjadi ada sebab musababnya. semoga pihak berwajib siasat dengan sebetulnya dan semoga segalanya baik2 sahaja =).fikir2kn dan slamat beramal=)

Anonymous said... Best Blogger Tips

*blame

Anonymous said... Best Blogger Tips

salah satu budak yg kene kurung,1st comment tu..blaim!haha..gurau je..

eyta said... Best Blogger Tips

kalau result turun,pengetua dtegur oleh kementerian.mau lps geram,pengetua marah guru.klu guru marah pljr nnt parents dtg sek.jalan penyelesaian,pastikan result sekolah x turun dgn apa cara sekalipun (kes di atas adalah slh 1 caranya),ha3..namun niat x menghalalkan cara.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni semua berpunca dari pihak kayangan sana....

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak perlu nak tarik balik repot polis tu..bgus ambil tindakan dgn Guru Besar sekolah tu..bodoh punya pengurusan sekolah..memalukan jer jd cikgu..tu bkn nak bantu murid, tu bunuh masa dpn murid..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...