Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Thursday, 22 September 2011

Horror : Kartel Mexico Buang 35 Mayat di Tengah Jalan


Pembunuhan beramai-ramai disebabkan oleh perang kokain di Mexico semakin mengganas. Samseng dari kartel yang tidak dikenalpasti telah membuang 35 mayat di laluan bawah berhampiran sebuah pusat membeli-belah ketika perang dadah meningkat ke tahap baru yang lebih menakutkan. Mangsa-mangsa, dimana 12 daripadanya adalah wanita, telah dibuang di atas jalan berturap dari dua buah trak.


Sebahagian daripada mangsa telah didera dan sebahagian lagi tangan mereka diikat. Para pemandu yang berada berhampiran tempat kejadian di Boca del Rio, Veracruz, Mexico, telah diberi amaran oleh beberapa lelaki berpakaian seragam stail tentera yang membuang mayat-mayat itu.

 

Kejadian tersebut merupakan pesta liar pembunuhan terbaru yang dicetuskan oleh kartel yang berjuang untuk perdagangan kokain ke negara-negara lain termasuk Britain. Ketua polis tempatan, Reynaldo Escobar berkata semalam: “Kami tidak pernah mempunyai situasi seperti ini.” Lebih daripada 40,000 orang telah dibunuh di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon mengisytiharkan perang ke atas semua ketua kartel pada 2006.


p/s : Macam dalam filem la pulak.. Memang ganas giler la drug lord dekat Mexico nih.. Horror beb... 


Sumber: MyNews, DailyMail


1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...