Utama

Utama 2

Geng Stress

TAWARAN HANGAT!!

BANNER UTAMA (728X90) = RM200/ sebulan



BANNER+IKLAN TEKS +ENTRY- RM250/ SEBULAN


REVIEW / ADVERTORIAL - RM50


APA TUNGGU LAGI?? SILA EMAIL


akustress3@gmail.com


Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 20 September 2011

Berita : "HAntu Bonceng" Digesa untuk Hentikan Tayangannya


KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut  perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.
 
Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," katanya.

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

maunye nk hentikan....huh dasar org xde ilmu agama

Anonymous said... Best Blogger Tips

patutlah sy tak nak tengok cerita ni walaupun lawak. rupanya dalam diam movie ni menghina agama islam.

Anonymous said... Best Blogger Tips

boleh terpesong akidah mamat 2....hari tu melawakkan pakaian muslimah....nauzubillah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bukan penulis cite tu la yang patut disalahkan...

♕ Kyosuke Damon ♕ said... Best Blogger Tips

susah nak mengislamisasikan filem sekarang neh hehe.

Anonymous said... Best Blogger Tips

gara2 nak cari modal untuk buat lawak, macam ni la jadinya sehingga isu sensitif yang melibatkan agama pun digunakan...,

Anonymous said... Best Blogger Tips

bila agama islam boleh dibuat main2 . adehh .. btw x tgok ag cite ni. best sgt kerrr ?

Anonymous said... Best Blogger Tips

apa yang ditayangkan memang mengikut kebenaran. Muhammad memang syaitan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...