Kongsikan Entri Kami

Wednesday 21 September 2011

Wow : "Pandora" Avatar Akan Dijadikan Realiti


PANDORA, alam mistik yang dipaparkan dalam filem Avatar pada 2009, akan diwujudkan dalam bentuk realiti, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger mengumumkannya hari ini.

Disney akan bekerjasama dengan pembuat filem James Cameron untuk menghasilkan “Taman Bertemakan Avatar” yang pertama di Taman Walt Disney’s Animal Kingdom, Orlando Florida, Amerika Syarikat.


Pembinaan dijadualkan bermula menjelang 2013 dan akan siap lebih kurang lima tahun kemudian.“Matlamat kami ialah untuk melampaui batas-batas inovasi teknikal terkini dan bercerita pengalaman dan memberikan pelawat peluang untuk melihat, mendengar dan menyentuh dunia Avatar dengan satu rasa realiti yang belum pernah terjadi,” kata Cameron dalam satu siaran akhbar.

Tarikan ‘Avatar’ itu dilaporkan akan merentangi beberapa ekar tanah dan dijangka menelan belanja sekitar AS$400 juta, menurut Associated Press.




















Cameron memberitahu wartawan yang daya tarikan tersebut berkemungkinan besar akan termasuk animatronics (animasi elektronik), permainan, makanan bertema dan tayangan multimedia 3-D.

Sambungan filem Avatar, filem ciptaan Cameron yang mengaut keuntungan tertinggi, dijadualkan untuk tayangan pada Disember 2014 manakala Avatar 3 akan ditayangkan pada tahun berikutnya.


Sumber: MyNewsHub


2 comments:

budakbandunglaici said... Best Blogger Tips

pergh..gempak habis..

GKA said... Best Blogger Tips

GKA xsker citer nie...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...