Kongsikan Entri Kami

Friday, 23 November 2012

Info : Apa Sebenarnya Yang Pihak Zionis Cuba Lakukan?


1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari p
eta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?


5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.


6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.


7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?


8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.


9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.


10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?


11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.


12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.
 
p/s : Bersama kita fikirkan.. 
 
Sumber : Here 

28 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Jgn Politikkn agama...Agamakan Politik masyarakat kita....
100000x Agree Admin..

Anonymous said... Best Blogger Tips

wow... bgs hujah...

Hang Lekir said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Hang Lekir said... Best Blogger Tips

Orang Palestin memang dasar pengganas !Aku rasa kalau diorang tak beli senapang, peluru semua dan sebaliknya salurkan segala dana tuh untuk memperbaiki sistem pelajaran, peluang pekerjaan, Palestin mesti dah maju sekarang...

Anonymous said... Best Blogger Tips

INI SUME SALAH PAS!!!SALAH DAP!!!SALAH PKR!!!

ATOK BERAHIM a.k.a MR JUBURI

dato seri anwar ibrahim said... Best Blogger Tips

kalau saya menang nanti, saya akan bawa semua yahudi2 di israel ke malaysia. saya akan beri kerakyatan malaysia kepada mereka. dengan itu, mereka tidak perlu mengganggu rakyat palestin kerana mereka sudah ada negara mereka sendiri. dengan itu, palestin sudah bebas!

jadi jom ramai undi saya, pastikan saya jadi pm kalau nak tengok palestine bebas.

laksamana sunan said... Best Blogger Tips

msg to fikrifadzil dn yg guna nama dato seri anwar ibrahim tu..korang ni bg aku lbih bahaya dr org munafik dn patut dihukum bunuh aje..patut nye korang menyokong palestine ni x siap kata org palestine pengganas lak..kufur la korang ni..sorang tu lak kata anwar nk ngajak yahudi masuk m'sia walhal BN UMNO tu yg dh bw masuk ramai yahudi laknatullah..korang berdua aku nasihat kn wat ler solat taubat dunia dh hampir kiamat sedara kalian berdua..

Anonymous said... Best Blogger Tips

masalahnya takde negara yang berani hantar tentera ke sana. Artileri mereka cuma 100,000 lebih, kalau Indonesia yang selalu cakap nak hantar bala tentera (merahnya) nak ganyang Malaysia. Pergilah hantar.
kalau ada 10 buah negara hantar setiap satu 100,000 x 10 dah jadi 1 juta.
kalau ada lebih lagi baik. Amerika,Britain,Perancis -3 kuasa besar nie, mesti tak berani punya nak serang negara-negara ni, sebab mereka cuma berani "gertak je" sebab kalau dah banyak negara buat macam tu, seolah-olah mereka berperang dgn satu dunia.
*Petikan ini, pernah diulas oleh seorang Jeneral tentera yang tak mahu dikenali.

Anonymous said... Best Blogger Tips

fikri fadil - remaja yg perlukan perhatian, sebab tu kebanyakan hujah enteng dia tu semua kelaut. konon nak jadi hero yg menongkah arus. out of box mungkin, tapi kelaut.
dato seri anwar ibrahim - kanak2 tua yg takde identiti sendiri dan hanya mempolitikkan isu
laksamana sunan - pemuda yg semua nak salahkan umno tak habis2. politik kepartian jugak.

tolong la fahamkan apa admin tulis..jangan komen merapu ok? please. tak matang.

-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon atas aku, setuju juga. ada jugak teori yang mengatakan pertelingkahan ini sengaja diwujudkan untuk menstabilkan dan mendapatkan semula 'demand' dalam ekonomi dunia yg semakin tepu(baca: perubatan, peralatan elektronik kententeraan, can food, etc).
-ameba

Anonymous said... Best Blogger Tips

btol ckp admin..
kite trpakse gune brg 'diorg'..
so korg ckp kerajaan x prnh antr g sne...
ni yg mbe aku ckp..
die prnh kje kt MINDEF..
sorg pegawai tgi bgtaw dye yg malaysia mmg ad antr askr kt sne..
tp tugas diorg utk jage satelit Israel..
sbb tu la xd bantuan askr dari malaysia

mr.fapson said... Best Blogger Tips

dunia akhir zaman...skrang tggu je la dajal kuar...

Anonymous said... Best Blogger Tips

apelah korang ni memandai nak jadi politician la pula....artikel kat atas di nasihatkan utk kita supaya tak gaduh2 sesama.Kat Palestin dah banyak yg terkorban.....jgn pula kerna mulut badan yg binasa geng.....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Malaysia ade wat sesuatu ..kite ape tau ... takkan asal anta nak bgtau org asal anta nak bgtau org .. pkir la skit ... kite negare da aman .. x yah la kolot sgt ... rasia malaysia byk tau .. kite negare yg drespect ingt tu ..

Anonymous said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

k0rg nk kutuk2 0rg tng0k la dri sndri dlu...klu blaja tnggi2 tp 0tak 2 xguna utk kbaikan sma je mcm SAMPAH.....palestin tu majoriti ISLAM....umat Nabi MUHAMMAD gak....klu k0 rsa k0 FREETHINKER leh g JAHANAM la....dunia je mnang beb...kat akhirat ALLAH da jnjikan mcm2 yg p0wer yg kt bumi ata0 pn planet ni xleh kasi KHAS utk makhluk yg sembah DIA SHJ...(sape trasa lantak la..ad ak kisah???...)

Jesus Krist said... Best Blogger Tips

orang sabah dan sarawak adalah kaum lembu yang tak layak masuk syurga kerana kebodohan mereka yang terlampau sangat......

Unknown said... Best Blogger Tips

#fikrifadzil : sila selidik dulu baru nak bagi komen..awak ni seolah2 menyokong tindakan ISRAEL??awk tahu ke knp palestin beli semua senapang dsb nye tu? TAHU??? kene ingat DUNIA AKHIR ZAMAN,,, mmg pihak Yahudi akan menghancurkan ISLAM..tu jji dorang...SO batter watch your mouth b4 comment!

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

terima kasih atas perkongsian ini

btw jom join contest kat sini, senang jer...

Danial Leroux said... Best Blogger Tips

the irony of this post is the comments

Anonymous said... Best Blogger Tips

BETUL ENTRY NI CAKAP !!!,
EVEN DALAM COMMENTS PON KITA ASYIK BERTENGKAR NAK MNJUKKAN KEHEBATAN DIRI SENDIRI,

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sebenarnya blog ni ramai viewers tapi x ramai yang komen sebab diaorang semua tahu comment dekat blog ni hanya untuk orang yang xde akal ( yang suka cakap x elok ). Ramai kawan aku baca blog ni tapi x banyak yang baca comment sebab merepek jee ( kecuali yang baik2 dan betul ) comment2 korang sume! True story!

Anonymous said... Best Blogger Tips

s,a,b,a,r,,,,,,bnyk2kan istighfar,,,ok sume ikut saye ye,,,,Astaghfirullah hal azimm

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali. allahu akbar3x,,save gaza

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon 8.44

Pe jadah la askar kiter lak jaga satelit israel?
Lol betol ko ni...sedang askar kt kat lubnan pon penah berlaku tembakan kat sempadan...ni kan nk masuk dlm kem askar israel...
Sedang komando kiter pon Tun M anta ke bosnia bantu umat islam d sana, israel senang2 nk bkawan dgn kiter?
Nmpk sgt kwn ko tu kaki kencing...ko pon main tadah jer..
Xpon tu mmg ko kn?

Anonymous said... Best Blogger Tips

"Saya menyokong segala usaha untuk mempertahankan israel dari sebarang ancaman...."-dato seri anwar dlm 1 interview majalah antarabangsa..

Unknown said... Best Blogger Tips

aku suka baca komen2 dari my fapson yang kian menunjukkan keperibadiannya yang semakin baik

semoga anda terus begitu Mr Fapson dan seterusnya menukar nama anda

Anonymous said... Best Blogger Tips

“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” sambungan ayat anon 16:36

Unknown said... Best Blogger Tips

maaf kn kami rkyat2 palestin...krana kami ade tnaga tapi tk dapat bantu anda smua kat sana..
tetapi kami ade doa yang tidak pnah putus2 untuk kamu smua...
smoga roh2 yang terkorban mngprtahankn tnah air,bangsa and negara di tmpat kn dengan orang2 beriman...amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...