Kongsikan Entri Kami

Saturday, 30 July 2011

Berita : Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Meninggal Dunia.


Kontroversi yang melanda insan bernama Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana akhirnya tamat apabila dia meninggal dunia pada jam 5 pagi tadi.. Baru- baru ini permohonan di mahkamah untuk menukar jantina telah ditolak. Gambar Aleesha ada di bawah klo ade yang tak kenal.. Jom ikuti cerita selanjutnya..
 
KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.  Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu. 


Sumber: MyNews



12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

x smpt nk b'taubat... x smpt plak nk smbut bulan Ramadhan

Anonymous said... Best Blogger Tips

Simpati untuk Arwaryarham... semoga ALLAH mengampuni dosanya...

Zya Lemon said... Best Blogger Tips

tak tahulah nak cakap apa. mudah-mudahan allah ampuni dosanya,amin.

Phytrie said... Best Blogger Tips

Semoga Allah dapat mengampunyi ke atas dosa2nya yg telah diperlakukan.
Amin....,,

muskamil said... Best Blogger Tips

Al Fatihah..semoga dtempatkn d kalangan orang2 yg beriman..amin..

EYLA said... Best Blogger Tips

betul ke? innalillah...smoga dtmptkn dkalangan hamba yg diredhai Tuhan..amin

Anonymous said... Best Blogger Tips

Allah syg hamba2 dia..dr die tros melakukan perkara yg x sepatutnya better Allah amik dier

Unknown said... Best Blogger Tips

al fatihah buat arwah..jadikan apa yg berlaku sbagai pedoman ntok kita semua

Unknown said... Best Blogger Tips

Kesian mak ayah die.... Smoga arwah ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Dgr cite die mmg ade 2 jantina. Tp permohonan mahkamah ditolak sbb DNA dye laki..

Papepon, Al-Fatihah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tk sempat nk bertaubat,Kalo meninggal time ramadhan at least allah akan ampunkan dia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

dgr kate mmg dia masalah jantina n jiwanya lebih tertarik kepada wanita btw sme2 kite doakan moga dia aman kt sne .. amin .. Al Fatihah ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...