Kongsikan Entri Kami

Friday 29 July 2011

Gosip : Akhirnya Tuduhan Berkhalwat Norman Hakim dan Memey Digugurkan.

Akhirnya..
Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Khalwat : Ini apa yang berlaku?
Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.

Mereka berdua kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berita baik, kedua-dua pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan set persalinan yang dipinjamkan, iaitu gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.

p/s: Nasib baik dah berakhir. Kalau tak memang susah la hidup sebab dah nikah tapi perlu lagi disiasat berkhalwat. Apa-apapun kalau boleh jangan diamalkan amalan ini.:-)

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

tapi, apa kata aby abadi?

Kekunci Merah said... Best Blogger Tips

xpe la..kita doa yg terbaik kt diorg ea..mudahan jodoh mereka berkekalan. amin~~

# yg mana buruk, kita tglkan, yg amik, kte amalkan.. moga beroleh keberkatan.

muskamil said... Best Blogger Tips

kisah yg lama jd ikhtibar..bnyk tanggungjwab lepas nikah..jgn ingat sedap jer..

Anonymous said... Best Blogger Tips

lepas tu dah ada anak..laki cari bini baru....lelaki jenis gini x akan puas..padahal benda itu sama jak..tgok n lihat..tangisan hanya lakonan semata2 kalo dah pelakon airmata senang mengalir..harap2 memey akan rasa apa yg abby rasakan..AMIN....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...