Kongsikan Entri Kami

Thursday 28 July 2011

Gosip : Betulkah Fazura Ingin jatuhkan nama dia (Neelofa)?

Seperti kita semua tahu, kononnya banyak spekulasi yang tercetus antasa pelakon jelita, Nur Fazura (Fazura) dengan pelakon baru yang Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa. Fazura terkejut apabila dia terbaca kenyataan  Neelofa dalam sebuah media tempatan bahawa wujudnya sekumpulan aktres yang cuba menjatuhkan namanya dengan mengaitkan perbalahan di antara mereka berdua dan sekumpulan aktes itu turut dikaitkan dengan penglibatannya.  Kenyataan itu sekali gus telah mengguris perasaan Ratu Lux berkenaan apatah lagi selepas sekian lama dia bergelumang di dalam industri seni lakonan. Malah, kenyataan neelofa itu dianggap sebagai tidak berasas.
 
Ini kata Fazura mengenai perkara tersebut : 


"Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia?
"Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi.
"Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia," katanya Fazura dengan nada kecewa.

 
Kemudian Fazura terkejut yang dia dengki dengan kehadiran Neelofa di dalam industri. (betul Fazura, buat apa nak terkejut atau dengki, Fazura dah jauh ke hadapan dalam industri ini):

"Itu yang membuatkan saya agak hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa.
"Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah," katanya pasrah.

Memang sokong kenyataan Fazura kerana apa guna nak dengki dengan artis/pelakon baru, patut fikir cara untuk menandingi artis yang sudah popular seperti Lisa Surihani. 

Tambah Fazura : 

"Saya sebenarnya sudah tidak mahu lagi memberi sebarang komen tentang perkara ini sebab saya tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan hal ini dan juga Neelofa.
"Apatah lagi untuk melayan perkara ini dengan lebih serius, rasanya ia satu perkara yang sangat bodoh. Apa saja yang Neelofa ingin katakan selepas ini, semuanya terpulang kepada dia dan tolong jangan ganggu saya lagi," katanya menutup bicara.

p/s : Yang baiknya di sini Fazura memang professional dalam segi ini, buat apa nak dengki dengan orang lain. Semua kita cari makan dan siapa lebih baik dia yang akan berjaya. Tidak perlu kisah pasal kontroversi yang hanya ingin naikkan nama dengan cepat

8 comments:

B33HA B3n said... Best Blogger Tips

tah pape la artis baru ni..heheh....
Fazura ada kedudukan yang tersendiri kot. apa lah.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

neelofa mmg bodo!!! budak MRSM ja akal letak kat tetek~

Saifullah said... Best Blogger Tips

weyh..bukan sume bdk MRSM camtu..die sorang je..

Anonymous said... Best Blogger Tips

suke fazura benci neefola nih huh!

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku bkanminat sngat lofa ni..tapi dia ni agk bijak kerana bijk mmbuat kasut dan mnjualnya..at least xla brgantung kepada lakonan..

KL Tulip Lady said... Best Blogger Tips

i suka neelofa, kerja keras...banyak gak drama n filem....biz....cantik....muka cam perempuan melayu dulu2....patut lah ramai tergoda...senyuman manis....menawan....x hipokrit...x clubbing (kata lofa lah kan)....2,3am duk umah je...bagus lah mcm ni....same2 cari makan...jgn gaduh2 k....

KL Tulip Lady said... Best Blogger Tips

lofa ni bijak...menawan...dh lama i tak berapa nak tgk nona after kak mala kesayanganku yg cantik tu tak on air....tetiba lofa lak on air...emm, rasa cam nona kembali best....asal 2pm wajib duk dpn tv...nona, nona...ikhlas from me...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...