Memang dah ketahuan di kalangan pihak wartawan hiburan bahawa aktres Nasha Aziz tak begitu gemar bercerita tentang hal peribadinya kepada umum khususnya yang melibatkan tentang hubungan cintanya dengan tunangnya, Nur Iman Tang.
Apatah lagi ditanya pasal soal kahwin, padahal hubungannya dengan Nur Iman Tang sudah terjalin agak lama. Jadi, pasti ramai yang mengharapkan agar pasangan ini akan segera bernikah serta mendirikan rumahtangga.
Di kalangan mereka yang rapat dengan pasangan selebriti ini juga turut mengharapkan bahawa hubungan cinta mereka akan diakhiri dengan sebuah ikatan yang suci. Sebabnya, ramai yang melihat mereka sebagai pasangan yang sangat ideal, bahagia, serasi serta romantis.
Kunci kepada semua ini adalah kerana mereka berkomunikasi dengan cukup baik serta saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Sebab itulah timbul persefahaman yang cukup bagud di antara mereka berdua.
Satu lagi yang Murai Batu nak puji adalah sikap Nur Iman Tang sendiri. Sebagai lelaki, dia faham dan mengerti bagaimana menjadi seorang lelaki yang gentleman serta melayan wanita dengan sewajarnya.
Sebab itulah, Nasha Aziz pun nampak happy bila bersama Nur Iman Tang. Tak payahlah Murai Batu sebutkan apa yang telah Nur Iman Tang lakukan. Yang penting, dia tak pernah miss mengucup tangan Nasha Aziz.
p/s : kalau happy tu bagus lah. semoga bahagia ke hujung hayat.
1 comments:
so sweet...
Post a Comment