Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 26 July 2011

Cool : Duit Syiling Baharu Malaysia bermula Tahun 2012 (4 Photos)

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.   

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. 

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.

untuk maklumat lanjut : BNM

Denominasi 
50 sen : Sulur Kacang
20 sen : Bunga Melur
10 sen : Orang Asli Motif
  5 sen : Destar Siga  

 







 

4 comments:

Wissolicious said... Best Blogger Tips

lawa!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bakal mengisi sampul duit raya tahun ni XD

Hanna Farhana said... Best Blogger Tips

nak simpan..hahahaa

Anonymous said... Best Blogger Tips

lambang yahudi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...