Kongsikan Entri Kami

Sunday, 11 November 2012

Cool : Inilah Dia Ferrari Sedan Pertama Di Dunia (7 Gambar)


Dengan keadaan badan kereta yang penuh dengan karat dan ada bahagian yang sudah mula berkulat, pada pandangan pertama, kita mungkin tidak akan tahu bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan berjenama Ferrari pertama dengan 4 tempat duduk.

Kereta klasik ini telah berjaya diselamatkan dari sebuah kedai besi buruk dan dianggarkan bernilai £40,000 pada saat ia di lelong nanti.

Ferrari 330GT 2+2 Berlinetta 1965 ini merupakan kereta pertama keluaran Ferrari yang khusus untuk penggunaan keluarga.

Walaubagaimana pun, para penganalisis barangan antik yakin kenderaan ini masih mampu menarik minat pembeli dan melakukan kerja-kerja membaik pulih.

Rob Hubbard, pakar dalam bidang lelongan di Bonhams Auction House mengatakan kenderaan ini telah dibeli oleh seorang warga Amerika pada tahun 1980an dan semenjak itu, ia tersimpan di dalam garaj dan tidak pernah digunakan lagi.




Spesifikasi:

-  Mampu mencapai kelajuan maksima 152mph
-  Boleh mencapai kelajuan 0-60mph dalam masa 6,6 saat.
-  Mempunyai sistem gear dengan tansmisi 5-kelajuan, guna bahan bakar dari bensin.

Asalnya kereta ini dirancang untuk dijadikan kereta 2 tempat duduk, namun pada 1950an, konsep kenderaan telah mulut wujud dan bercambah.

Memenuhi permintaan itu, Ferrari pun memperkenalkan kereta pertama keluarannya yang mempunyai 4 tempat duduk dengan model 250GTE 2+2  sebelum keluarnya edisi 330GT dengan enjin V12 empat liter pada tahun 1964.

Ferrari ini pertama kali dijual di Wiltshire pada tahun 1964 sebelum dibeli oleh seorang warga Amerika pada tahun 1980an dan membawanya ke Florida dan dibangunkan semula.

Ferrari klasik ini akan dijual pada acara lelong di Herrogate, Bonhams pada 14 November 2012 ini.







p/s : Klasik beb... 

Sumber : Here

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

COOLLLLLLL

Anonymous said... Best Blogger Tips

atok aku ada lapan bijik kereta mcam ni....x heran....

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada aku kesah atok ko ada 8 bijik kereta ferari

Anonymous said... Best Blogger Tips

ko ada 100 bji kote pon aq peduli apa 'aku_skandallxxx'

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku sanggup beli kereta ni, dengan harga rm 20,000 kalau ada kat malaysia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

bape silinder model nie??? mcm 8 jer,,, tp ok laa,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

rm20 000? tak cukup kuat broo yg ni paling busuk pun org start bid setengah juta rasanya

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku_skandallxxx ni anak luar nikah ke??? mcm anak haram jek setiap kali dia post komen

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

hebat lagi kereta proton saga knight megavalve

Anonymous said... Best Blogger Tips

289 kmj..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sedan apa yr 2 pintu....bkan body coupe kr...sedan 4 pintu la

Anonymous said... Best Blogger Tips

lawa 2 ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...