Kongsikan Entri Kami

Wednesday 14 November 2012

Serius : Kubur Yasser Arafat Digali Semula (4 Gambar)


Kerja-kerja menggali kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 bermula semalam bagi membantu siasatan mengenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham.
 
Kubur bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) itu digali semula bagi membuka siasatan kematiannya, yang disyaki dibunuh susulan penemuan bahan radioaktif yang tinggi pada beberapa barang peribadinya.


Kerja-kerja menggali semalam bermula dengan menyingkirkan kaca dan batu nisan marmar, yang akan mengambil masa kira-kira dua minggu kerana proses itu harus dilakukan dengan teliti menggunakan tangan. 

Siasatan bermula selepas balunya, Suha Arafat membuat aduan rasmi berhubung kematian suaminya. Presiden Mahmoud Abbas kemudian meluluskan proses penggalian kubur yang terletak di Ramallah, Palestin.Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun di hospital tentera di Paris selepas mengalami pendarahan otak sehingga mengakibatkan beliau koma. 

Sebelum hari kematiannya, pegawai Palestin berkata, bekas pemimpin itu mengalami gangguan darah dan masalah pencernaan. Awal bulan ini, Pihak Berkuasa Palestion A memberitahu bahawa proses penggalian semula kubur bekas pemimpin itu akan dilakukan secara tertutup.



 Sumber : Here

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

MasyaAllah....

Anonymous said... Best Blogger Tips

Laknat syiah!!!

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

dah mati tu mati la, kenapa nak gali lagi? gila apa

ben xii said... Best Blogger Tips

bodoh la noob . sebab nak siasat la .

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...