Penjara San Pedro yang merupakan sebuah penjara yang terbesar di La Paz, Bolivia amat terkenal dengan keadaan penjaranya yang mempunyai unsur kemasyarakatan. Apa yang menjadikan penjara ini lain dari yang lain adalah kerana para banduan di penjara ini bekerja seperti di dalam komuniti yang berada di dunia luar contohnya seperti membayar sewa atau memberi sewa penginapan, dan mereka juga tinggal di penjara itu bersama keluarga seperti seperti kehidupan di dalam pekan. Pihak polis jarang memasuki penjara ini malah mereka hanya perlu mengawal di bahagian luar penjara sahaja.
Selain terdiri daripada 1,500 banduan, penjara ini juga terdiri daripada mereka yang bukan banduan. Isteri dan anak-anak para banduan ini juga dibenarkan masuk dan keluar dari penjara ini secara sesuka hati mereka.
Hal ini berlaku kerana, sekiranya suami mereka yang terdiri daripada banduan itu tidak bekerja, keluarga mereka akan mengalami kesulitan hidup di luar sana. Jadi, mereka sering membawa masuk barang-barang ke dalam penjara untuk dijual sama ada dengan cara mendirikan gerai atau pun menjual dari sel ke sel.
Selain itu, seramai 200 anak-anak banduan ini akan diasuh oleh 2 pusat jagaan (nurseri) yang disediakan oleh pihak penjara atau dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan penjara. Sesetengah dari mereka juga banyak menghabiskan masa bermain dengan pengawal penjara.
Purata kematian di penjara ini dianggarkan sebanyak 4 kali sebanyak sebulan akibat masalah semula jadi dan serangan ganas antara banduan.
Di dalam Penjara San Pedro ini jugak, mereka membuat undang-undang sendiri. Setiap sektor di penjara ini akan mempunyai seorang ketua dan seorang setiausaha kewangan yang dilantik setahun sekali. Terdapat sedikit toleransi daripada para banduan yang pernah melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, walaubagaimanapun mereka secara perlahan-lahan akan didisiplinkan oleh banduan lain.

Sumber : Here
2 comments:
ooo..
haha..bersuka rialah para banduan 2 kan?!!nescaya..diaorang pasti akan "COME BACK" againt sebab terlalu seronok kat dlm sana..mcm x de pape jer..
Post a Comment