Mahkamah Arab Saudi hari ini menjatuhkan hukuman 10 kali sebatan ke atas seorang wanita Islam kerana melanggar peraturan larangan wanita memandu di negara tersebut. Hakim dan Aktivitis kuat Arab Saudi menyatakan Shaima Ghassaniya didapati bersalah kerana memandu tanpa kebenaran kerajaan. Sebenarnya tak ada peraturan yang menyatakan wanita tidak boleh memandu tetapi kepercayaab fatwa agama yang konservatif penganut negara tersebut telah mengharamkan wanita untuk memandu. Seorang lagi wanita yang ditahan kerana memandu Najalaa Harriri menyatakan dia hanya memandu kerana terpaksa menghantar anak ke sekolah dan memastikan mereka sentiasa selamat. Dia langsung tak ada niat lain. Beberapa hari yang lepas, Raja Abdullah Arab Saudi telah memutuskan bahwa wanita berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya hanya selepas tahun 2015. Jadi wanita sila tegakkan keadilan bagi kaum anda.
p/s : apakah wanita perlu lakukan sekiranya kecemasan? Adakah mereka perlu terus menderita kerana mereka terpaksa fikir sekiranya mereka memandu, hukuman berat akan dijatuhkan ke atas mereka?Dimanakah hak wanita? Kita di Malaysia memang bernasib baik dan sekiranya undang-undang dipraktikkan di Malaysia, apa yang akan berlaku?
5 comments:
betul tu aku setuju....
erm.. dah mcm buat jenayah berat...
rasenya hukuman 2 ditarik balik...kalu x cilap la....
mmg kami kaum yg lemah..tp x semestinya kami x da keberanian..
keberanian pada tempat yg sepatutnya.. jgn guna kekuatan utk menghancurkan dunia.. ingat.. perempuan adalah kelemahan lelaki..
Post a Comment