Kongsikan Entri Kami

Monday 3 October 2011

OMG : Hang Mioku, Wanita yang Suntik Mukanya dengan Minyak Masak (5 Photos)

Seorang wanita Korea yang bernama Hang Mioku kini berusia 48 tahun telah mula obses untuk menjadi seorang yang cantik. Dia mulai dengan menjalani pembedahan untuk kali pertama pada usia 28 tahun. Selepas pembedahan tersebut, Hang telah berpindah ke Jepun dan obsessinya untuk menjadi seorang yang cantik masih lagi kuat. Dia telah menjalani beberapa pembedahan pada mukanya tetapi segalanya tidak berhasil untuk membentuk rupa yang Hang inginkan dan semakin besar. Tetapi dia tetap percaya yang setiap pembedahan yang dilalui menjadikannya lebih cantik walaupun doktor telah memberitahu kesan sampingannya yang teruk. Hang tidak peduli dan terus membuat pembedahan sehingga satu ketika doktor bedah ini sudah tidak tahan dan menyarannya untuk berjumpa dengan doktor psikiatri. Ini kerana doktor bedah percaya ini sangat membahayakan nyawanya dan ini adalah satu gejala yang sangat teruk. Hang yang tak tahan dengan teguran doktor di Jepun telah pindah balik ke Korea. Setiba di sana, ahli keluarganya sendiri tidak dapat mengecam dirinya kerana rupanya memang semakin membesar. Jadi, ahli keluarga Hang cuba memcari doktor untuk mengubati rupa Hang yang semakin teruk. Tetapi disebabkan bayaran untuk rawatan yang baik adalah terlalu mahal, mereka menghantarnya ke pembedahan dengan kos yang lebih murah. Namun kesannya mungkin agak berlainan sedikit. Selepas pembedahan, doktor memberikannya sedikit jarum dan silikon untuk disuntiknya sendiri ke wajahnya. Disebabkan dia ingin cantik dengan serta merta, Hang telah menghabiskan semua silikon tetapi rupanya masih sama. Jadi dia terdesak dan mendapati minyak masak kelihatan seperti silikon dan menyuntiknya ke mukanya. Wajahnya semakin membengkak dan rosak. Hang kini mempunyai kepala yang besar dan tubuhnya yang kecil. Kes Hang ini tiba-tiba terheboh dan beberapa doktor tampil untuk menolongnya membuang semua sisa-sisa cecair yang disuntik ke mukanya. Mereka mengeluarkan 60 ml cecair dari wajahnya dan 200 ml dari lehernya. Wajahnya semakin mengecil tetapi Hang tak mungkin mendapat kembali rupanya yang dulu. 


kaskus

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

errrr menakut kn. xbersyukur ngn ape yg ade..kn dh jd cm b##i.siannnn

Anonymous said... Best Blogger Tips

bersyukur la ngan apa yg ada...

Kyosuke Takumi said... Best Blogger Tips

byk duit py psl .. haiz

Anonymous said... Best Blogger Tips

tu la hang cek dah katok jgn buat hang nak wat gak

Melin said... Best Blogger Tips

Eeeeeeeeeeee scaryyy! Elok2 dah cantik jadi macam tu pulakk

kim ha nim said... Best Blogger Tips

syukurla ape yg ade.....tuhan tu jadikan manusia sebaik2 kejadian

mimiey said... Best Blogger Tips

elok2 cantik dah jadi tak cantik, dunia2 =.=

Osa Ho said... Best Blogger Tips

Syukuri apa yang ada

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...